Wednesday, July 6, 2011

Polis dok ingat rakyat bodoh macam puak-puak Songkok Tiga Jengkal


SHAH ALAM, – Setelah menuduh perhimpunan Bersih sebagai cubaan menghidupkan fahaman komunis dan didalangi oleh pelampau, Polis hari ini mendakwa menjumpai sejumlah senjata bagi menguatkan tuduhan itu.

Polis Kuala Lumpur dan Selangor mendakwa merampas sejumlah 44 bom Molotov cocktails, 39 parang, 43 mercun dan 48 baju Bersih di Gombak, Selangor and tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Anihnya, barangan itu dikatakan disorok di lokasi-lokasi berkenaan setelah penganjur Bersih semalam membayangkan mereka akan akur kepada nasihat Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin membatalkan perarakan berkenaan pada 9 Julai.

Sebaliknya perhimpunan aman itu akan diadakan di sebuah stadium yang akan ditentukan bersama oleh kerajaan dan penganjur, kata Presiden Bersih Ambiga Sreenevasan.

Di Shah Alam, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mendakwa polis menjumpai lima buah beg pakaian yang mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu.

Senjata itu dijumpai disorok di celah-celah batu di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak Bentong, semalam.

Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam.

"Hasil pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan 25 ceraian kain berwarna merah," katanya.

Tun Hisan berkata taktik menyembunyikan senjata seperti itu menyerupai apa yang dibuat oleh gerakan Komunis satu ketika dahulu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa ketika pemeriksaan dibuat.

"Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh pula mendakwa pihaknya merampas 23 parang, lapan bom petrol, 43 mercun serta baju Bersih di Sogo, Wisma Bumi Raya dan Kompleks Pertama, hasil maklumat orang ramai.

Beliau juga mendakwa kononnya senjata-senjata itu adalah untuk digunakan semasa perhimpunan Bersih.

Pengarah Strateji Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli mencurigai "rampasan senjata' polis itu. Beliau berkata polis masih lagi berkeras mahu menanam budaya menakut-nakutkan orang awam demi menggagalkan tuntutan aman untuk pilihanraya bersih.

"Jelas tindakan Polis ini adalah untuk cuba mahu menimbulkan ketakutan dan memberi tanggapan yang ganas terhadap Bersih tapi tindakan kasar sebegini masih tidak menjejaskan semangat rakyat dan menunjukkan lebih banyak tekanan yang diberikan, lebih ramai lagi rakyat akan turun." kata beliau kepada TVSelangor.

Rafizi membandingkan pengumuman rampasan senjata oleh polis hari ini kepada pengalaman pemimpin-pemimpin PKR seperti Tian Chua yang pernah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara.

"Taktik ini telah digunakan berpuluh tahun dahulu, dan sebelum ini pimpinan Keadilan juga menjadi mangsa tindakan seperti ini. Tetapi selepas pimpinan kita dimasukkan ke dalam ISA, tuduhan itu mati begitu sahaja," tambah beliau.

1 comment:

Anonymous said...

Kes2 beruikut masih belum disiasat atau kes rekaan buatan SB PDRM
1. Cermin lobi PWTC dipecahkan oleh sekumpulan lelaki berjaket hitam zaman reformasi smpi la ni tiada keputusan siasatan.
2. Ezam Md Nor dikata berjumpa guru silat diluar negara bertujuan mengulingkan kerajaan dgn kekerasan maka ezam ditahan ISA 2 thn. sampi skrg ezam pun tan tau siap/dimana perjumpaan berlaku.. akhirnya dianugerah senator ezam pundikutty.
POLIS jgn lah nak bodohkan rakyat, org umporno dan melayu haprak STJ bolehlah dibodohkan..