Sunday, August 14, 2011

Mismah kena tunjuk dokumen sah ikut prosedur bukan hanya tunjuk kepada BN

 MISMAH bersama Noh   menunjukkan kad pengenalan dan sijil kewarganegaraan Malaysia pada sidang media  di Sungai Buloh, semalam.
SHAH ALAM – Proses bantahan masih boleh dikemukakan termasuk meminta Mismah menunjukkan dokumen membuktikan tempoh dan proses permohonan menjadi warganegara.

Setiausaha Pas Selangor, Saari Sungib berkata, pendedahan Mismah kepada umum banyak di manipulasi media tanpa membuktikan prosedur sepanjang permohonan dilakukan.

Menurutnya, Pas tidak memfitnah sebaliknya maklumat pertukaran Mismah dari Penduduk Tetap (PR) kepada warganegara diperoleh melalui semakan pada sistem pengesahan dalam talian Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).

“Kepincangan SPR perlu didedahkan untuk memastikan perjalanan Pilihan Raya Ke-13 berjalan dalam keadaan bersih, telus dan cekap.

“Ini dibuktikan melalui kenyataan dikeluarkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengaitkan kesilapan mungkin berlaku berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya kepada sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pendedahan Mismah tidak melemahkan usaha menjejaki PR yang menjadi warganegara malah akan diteruskan dengan lebih giat di semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, peruntukkan RM1 juta oleh Kerajaan Negeri akan digunakan sebaiknya untuk mengemukakan bantahan sekiranya terdapat kemusykilan dalam sistem pilihan raya.

Terdahulu, nama Mismah mula dimainkan media selepas pendedahan Pas yang menemui 52 PR menjadi warganegara dikaitkan dengan penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya.

No comments: