Sunday, August 14, 2011

UMNO Kedah dok ingat hanya ada kerajaan negeri , tak dak kerajaan pusat

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Apabila Kedah ditawan oleh PAS Mac 2008, BN merasakan terkecualilah tanggungjawab mereka terhadap negeri Kedah. Bagi mereka PASlah yang bertanggungjawab 100 % membangunkan Kedah dan segala kelemahan jika berlaku maka PAS mesti dipersalahkan 100 %.

Jadi di samping tak buat apa-apa (atau buat pun ala kadar saja) untuk bantu rakyat Kedah, BN menyerang kerajaan negeri dalam semua perkara termasuk dalam bidang yang menjadi tanggungjawab bersama antara negeri dan Pusat.


Satu lagi, BN waya putuih ni selalu bandingkan antara ‘apa kerajaan Pusat buat dulu-dulu di Kedah’ dengan ‘apa kerajaan negeri buat laa ni di Kedah’. Mana boleh banding macam tu sebab PAS/PR bukan perintah Pusat lagi sekarang. Sepatutnya depa kena banding apa kerajaan negeri BN dulu buat dengan kerajaan negeri laa buat.


Pendekkan cerita MK siarkan di bawah ni petikan artikel
Harakah, tulisan Zulkifli Yahaya:

Baru-baru ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah menunaikan janjinya untuk menerbitkan buku bagi menyanggah pencapaian Kedah Sejahtera 2008 yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri.

Entah siapa penulis upahan yang dibayar, kandungan buku yang bertajuk ‘Sejahterakah Kedah?’ itu langsung tidak dapat menangkis laporan pencapaian Kedah di bawah Pakatan Rakyat.

Ia tidak menjawab berdasarkan fakta dan angka, isu yang dibangkitkan remeh, picis, membangkitkan kembali perkara yang sudah selesai, komen yang kebudak-budakan, di samping menimbulkan perkara fitnah dan pembohongan.

Satu lagi aspek paling dungu dalam analisa yang dibuat oleh penulis upahan tersebut ialah membandingkan antara keupayaan Pusat dan Negeri. Dalam soal kebajikan misalnya, bajet Pusat ialah RM1.26 billion (seluruh negara) jumlah yang lebih besar dari bajet menguruskan negeri Kedah sekalipun.

Sangat munasabah bajet Pusat mesti lebih besar kerana mereka adalah pengutip cukai yang jauh lebih besar berbanding negeri. Bukan sahaja di Kedah, tetapi di negeri-negeri yang dikuasai BN pun, bajet negeri 'sangat kecil' berbanding Pusat. Jadi jangan banding kemampuan Negeri dan Pusat.


Tapi jika perbandingan dibuat antara keupayaan negeri semasa PR dan BN, ternyata kerajaan kerajaan hari ini jauh lebih baik dari dahulu.

Misalnya hasil negeri pada 2007 cuma RM361 juta, tetapi setelah Kedah kehilangan hasil cukai tanah RM50 juta setahun akibat pemberian rebat cukai tanah kepada rakyat (seperti janji manifesto) hasil negeri pada 2010 ialah RM490 juta serta kali pertama dalam sejarah tidak berlaku defisit!


Analisa yang tidak kurang dungunya ialah menyalahkan negeri dalam semua perkara termasuk dalam bidang di mana, Pusat dan Negeri mempunyai tanggungjawab bersama.

Misalnya bidang pelancongan, pelaburan, bantuan kebajikan, pertanian, belia dan sebagainya. Contohnya apabila mereka mempersoalkan (kononnya) berlaku kemerosotan kedatangan pelancong pada 2010 kerana tiada usaha dari negeri.

Walhal agensi pelancongan negerilah yang bertungkus lumus mengadakan promosi sedangkan unit pelancongan Pusat yang wujud di negeri tidak buat apa-apa.


Begitu juga dalam bidang pelaburan. Sepatutnya ia tanggungjawab bersama, tetapi Datuk Mukhriz sebagai anak Kedah yang memegang urusan menarik pelabur luar lebih selesa untuk membidas Kedah yang kononnya gagal menarik pelabur besar daripada dia dan kementeriannya berusaha membawa masuk pelaburan ke Kedah.


Lojik juga mereka tidak berbuat apa-apa, buat apa memberi imej positif terhadap kerajaan negeri yang berlainan ideologi. Cuma yang tidak lojiknya ialah mereka juga adalah pemerintah di Kedah yang memegang tampuk kekuasaan di Pusat, mengapa mesti mengabaikan tanggungjawab terhadap ‘tanah jajahan’ sendiri yang turut diperintah oleh mereka?


Jika benar apa yang disenaraikan mereka (yang melibatkan tanggungjawab bersama itu) sebagai gagal, maka ia adalah kegagalan bersama. Mereka semacam meludah ke langit, tertimpa hidung sendiri.Kedah La

1 comment:

Anonymous said...

apa kebajikan d parlimen sik.tolong bgtau sat,4 thun dahapa 1 pun xxxxx dak........
cakap kosong saja.lancau lah