Monday, February 27, 2012

DALANG BUAT KECOH!!! Ada bukti blogger UMNO Mat Indon Mali (MiM) terlibat

http://really.tigaline.com/wp-content/uploads/2012/02/stoplynasumnopenang.jpgKUALA LUMPUR, 27 Feb: Angkatan Muda KEADILAN mempunyai bukti bahawa Umno adalah dalang di sebalik serangan terhadap wartawan dan orang awam yang menyertai Himpunan Hijau 2 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang semalam.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berkata AMK mempunyai gambar dan bukti bahawa Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri ada bersama samseng yang membuat kecoh dan provokasi.

Menurutnya, AMK kesal dengan tindakan ganas samseng UMNO dan Perkasa sehingga mengakibatkan dua orang wartawan termasuk seorang terpaksa menerima lapan jahitan di tangan.

Jelas Khai Loon, lebih mendukacitakan adalah tindakan polis yang lewat mengawal keadaan dan tidak berupaya mengelakkan kecoh berlaku.

Malahan, polis juga cuba lepas tangan dengan menuduh penganjur tidak memaklumkan polis lebih awal tentang himpunan itu, kata Khai Loon.

“Sebenarnya program-program anjuran Pakatan Rakyat atau masyarakat sivil bukan pertama kali menghadapi kecoh dan provokasi daripada samseng yang dipercayai berkaitan dengan UMNO dan PERKASA.

“Banyak perbuatan samseng berlaku di ceramah atau program yang diadakan di Selangor, Melaka dan Pahang.

“(Sebelum ini) kereta Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan samseng di Sembrong minggu lepas,” katanya.

Justeru, beliau mahu polis bertindak segera dengan tegas terhadap samseng Umno yang menyerang peserta Himpunan Hijau semalam.

“AMK menyeru agar polis mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang memukul dan mencederakan wartawan dan orang awam.

“Polis perlu bersikap neutral serta professional dalam menyiasat insiden tersebut agar mengembalikan kewibawaan polis.

“Banyak laporan polis dibuat tetapi tiada tindakan serius diambil untuk membanteras insiden tersebut” ujarnya.

No comments: