Thursday, March 17, 2011

Rakyat sudah tahu siapa pengarah dan penulis skrip untuk lakonan Umi Hafilda

Kenapa dulu tak dedah di mahkamah : Dasar Penipu


Selepas Zulkifli Nordin kini seorang lagi selebriti terkenal dilihat "gila meroyan" dengan isu liwatAnwar Ibrahim. Tapi kali ini ialah pelakon lama yang sudah hampir 13 tahun menyepi tiba-tiba muncul semula.

Entah apa mimpi dan rasukan yang menimpa dirinya, itulah dia Ummi Hafilda Ali (foto) iaitu adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali

Kelibatnya kini seolah-olah tepat pada masanya iaitu disaat perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim masuk ke pusingan yang terakhir sekarang ini.

Maka, Ummi kini umpama satu "anugerah khas" yang tiba-tiba dibawa masuk untuk menyakinkan rakyat kononnya apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim selama ini bukanlah satu "teori konspirasi".


Berkokoklah Ummi Hafilda mengikut skrip yang telah diberikan kepadanya. Kali ini agak menarik kerana ia dimulakan dengan isu saman menyaman.

Ummi tiba-tiba membuat satu sidang media khas bagi menyaman pihak-pihak tertentu yang kononnya telah mencemar dan menjatuhkan maruahnya sejak 13 tahun yang lalu.


Malah, dalam beberapa siri ceramahnya termasuk ketika di PRK Kerdau dan Merlimau baru-baru ini Ummi begitu bersemangat waja mendedahkan satu persatu rahsia besar yang dikatakan berlaku antara Anwar dan abangnya Azmin Ali.

Termasuklah isu kononnya Anwar mempunyai hubungan sulit dengan kakak iparnya sendiri iaitu isteri Azmin yang bernama Shamsidar. Satu persatu dibongkarkan dengan penuh keyakinan supaya rakyat mempercayai penjelasannya kali ini.

Kehadiran Ummi ke dua PRK baru-baru ini cukup menggemparkan orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana dimana sahaja ada ceramah Anwar maka Ummi Hafilda akan berada di situ bagi mendedahkan sikap sebenar mantan TPM itu.

Terkadang di sesetengah tempat, ceramahnya sengaja diadakan bagi tujuan untuk menganggu ceramah umum yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Siapa Yang Bayar Ummi Jelajah Seluruh Malaysia

Soalnya benarkah kehadiran Ummi itu tidak diundang seperti kata TPM Muhyiddin Yassin. Katanya Ummi datang dengan rela hati dan UMNO tidak melarang beliau berkempen mendedahkan rahsia peribadi Anwar.

Masalahnya, jika bukan UMNO BN yang mengatur jadual ceramah Ummi maka siapa lagi yang bertanggungjawab.

Bukankah JASA itu terletak dibawah UMNO?. Dan difahamkan juga pihak JASA yang mengundang dan membawa Ummi turun ke dua lokasi berkenaan.


Maknanya, UMNO yang mengatur jadual ceramah Ummi ketika itu. Anehnya, Muhyiddin boleh berdolak dalih kononnya Ummi tidak dibayar dan sebagainya.

Namun umum lebih mengetahui siapakah yang membayar Ummi Hafilda untuk menjelajah ke serata negara bagi membongkarkan apa yang dikatakan rahsia peribadi Anwar Ibrahim ini.


Anehnya, setiap pendedahan yang dibuat beserta dengan bukti-bukti kukuh itu langsung tidak dijawab Anwar. Malah, Ketua Umum PKR itu menganggap Ummi hanyalah seperti seekor nyamuk yang tidak perlu dilayan.

Masalahnya, kini ramai yang takut pendedahan yang dibuat oleh Ummi itu bakal memberi kesan yang mendalam kepada rakyat terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Jika sesuatu gagal dilaksanakan, maka sudah pasti akhirnya rakyat terutamanya pengundi atas pagar akan percaya segala kenyataan yang telah pun dibuat secara eksklusif oleh Ummi Hafilda itu sebenarnya.

Kenapa Dulu Dia Tidak Dedah Bukti Di Mahkamah

Soalnya sekarang, ramai yang terkejut kerana Ummi kini menjadi juara saman menyaman. Jika sebelum ini beliau dengan bangganya menyaman Anwar, Wan Azizah, Karpal Singh dan parti PAS sebanyak RM700 Juta atas berbagai pertuduhan.

Terbaru, semalam beliaumemfailkan pula saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda (foto) dan juga portal Malaysiakini.

Sebelum ini Baginda pernah mendedahkan hubungan sulitnya dengan Ummi Hafilda dan wanita itu pernah menceritakan kepadanya tentang konspirasi yang dilakukan secara terancang untuk mensabitkan Anwar dengan pertuduhan liwat pertama dulu.

Pengakuan yang dibuat oleh Baginda telah menyebabkan Ummi menjadi marah dan terpaksa mengambil tindakan saman terhadap beliau.


Soalnya sekarang, kenapa Ummi Hafilda tiba-tiba begitu berselera menyaman pihak-pihak tertentu. Jika dicampur jumlahnya kini Ummi mempunyai RM800 juta kiranya beliau menang dan mendapat jumlah saman yang dinyatakan.

Cuma apa yang memusykilkan ialah jika benar segala dakwaan Ummi seperti yang diwar-warkan kepada media sekarang, kenapakah semua itu tidak didedahkan olehnya ketika menjadi saksi utama perbicaraan kes liwat I dulu. Kenapa segala bukti dan dokumen berkenaan tidak dibawa ke mahkamah?.

Bukankah jika ketika itu dia berani seperti sekarang, maka tidak mungkin Anwar boleh dibebaskan sebenarnya. Dokumen-dokumen itu sudah cukup untuk memastikan Anwar terus merengkok dalam sel penjara Sg.Buloh buat beberapa ketika lagi.

Tetapi, kenapa ini tidak berlaku dan baru sekarang mahu dikatakan "dia ada bukti"?. Bukankah ini sesuatu yang amat kontroversi.

[Ramai yang tertanya-tanya kini, apa motifnya hinggakan Ummi mengambil masa yang terlalu lama untuk mendedahkan segala bukti-bukti berkenaan. Jika ini keadaannya, beliau jelas sekali telah menghina keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar dulu.

Peguamnya juga boleh meminta mahkamah mengkaji semula keputusan membebaskan Anwar dulu. Itu pun jika beliau benar-benar mempunyai bukti kukuh penglibatan Anwar dan Azmin atas apa yang dinyatakan dalam ceramahnya itu.

Jika tidak pasti rakyat tidak akan percaya segala pendedahan yang dilakukan oleh Ummi Hafilda, kerana bagi mereka wanita tersebut kini sudah dibeli untuk tujuan memastkikan Anwar kembali ke penjara sebelum PRU13 nanti agaknya?.

Justeru itu, Ummi tidak boleh terlalu mendabik dada kononnya dia berada di pihak yang benar sekarang. Kerana jika dia benar, sepatutnya segala bukti dan dokumen berkenaan sudah pun dijadikan bahan bukti kukuh untuk mensabitkan Anwar dengan segala tuduhan yang dikemukakan itu. Inilah yang memusykilkan rakyat sekarang.

Jika tidak, Ummi boleh didakwa kerana menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dulu]./PDO

Read more ...

A Doctor in the House: The 'Nyanyuk' of ......................

Mahathir Kantoi Lagii..Jumpa Dengan "Hantu" Orang Dah Mati..??

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

“Saya berjumpa dengan Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya ketika saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya,” katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan pada masa itu, Sheares sudah meninggal dunia dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan presiden lain iaitu Devan Nair pada satu majlis makan tengah hari.


Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilancarkan minggu lalu dan mendapat sambutan hangat.


“Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.


“Yang pasti, saya bertemu Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak,” kata Dr Mahathir.


Juragan :
Dah Nyanyuk la tuuu..sepatutnya bukan tajuk buku tu Memori...tetapi Hilang Memori..Inilah kesan doa mereka-mereka yang di zalimi oleh beliau semasa era pemerintahan kuku beruangnya...itu pun masih ada lagi manusia yang percaya akan segala fitnah beliau yang berubah-ubah terhadap DSAI...Fuhhhh Hampehhhh Umnoo...

Read more ...

Bukti ditolak punca Umno hilang idea terpaksa anjur demo

Habis Modal Punca Isu DNA Anwar Diperbesarkan, Kata Yaakob


SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari.

Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dijadikan modal politik murahan Umno.

"Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional.

"Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi.

Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya.

Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta IC palsu dilepaskan.

"Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC.

"Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi.

Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Read more ...

SPRM tidak berani siasat Taib ?

SPRM Harus Siasat Taib, Kata TI-M


KUALA LUMPUR 18 MAC : Transparency-International Malaysia (TI-M) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi memperbaiki reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata, dakwaan terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

Menurut Paul Low, gesaan ini dibuat berikutan tuduhan terhadap Taib , ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang.

“Transparency-International risau mengenai kewibawaan negara dan juga imej kita jika siasatan tidak dijalankan,” kata Presiden TI-M Datuk Paul Low kepada pemberita hari ini.

Paul Low berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang didedahkan laman sesawang anti Taib, Sarawak Report bahawa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah.

Paul Low juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah.

Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini.

Read more ...

Pembahagian kerusi PR di Sarawak berjalan baik, media pro Umno sengaja cipta fitnah

P'raya Sarawak: Kerusi PAS hampir selesai

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kini berada di tahap akhir, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Beliau yang kini berada di Kuching ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pembahagian kerusi khususnya untuk PAS, hampir selesai.

"Masih dalam perbincangan dan PAS sudah ada beberapa kerusi untuk ditandingi. PAS tidak banyak yang bertindih, cuma sekarang perbincangan peringkat akhir," katanya yang hadir ke sana atas tujuan itu.

Katanya, kesemua urusan pembahagian itu akan selesai dalam masa terdekat memandangkan spekulasi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubar bertiup kencang.

Apatah lagi semalam berlaku pertemuan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri.

Ada pihak mendakwa dalam pertemuan itu Abdul Taib telah menyatakan hasrat pembubaran Dun kepada Yang Dipertua Negeri.

Spekulasi itu turut mendakwa Dun Sarawak kemungkinan dibubarkan pada 21 Mac ini dan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon.

Ianya diperkuatkan lagi dengan lawatan serentak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri Bumi Kenyalang itu pada Sabtu ini yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri.

Mengulas mood rakyat Sarawak ketika ini, Nasharuddin yang sebelum ini hadir melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Miri berkata, rata-rata mereka mahukan perubahan.

"Mereka seperti menanti kehadiran pilihan raya negeri ini. Kita dapat dengan dari perbualan-perbualan mereka.

"Sokongan kepada Pakatan Rakyat saya kira Alhamdulillah baik, malah pada pelancaran DHPP sebelum ini juga turut disertai suku kaum Dayak," katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan, PAS telah pun memulakan gerak kerja pilihan raya di kawasan-kawasan yang dijangka akan ditandingi mereka sejak beberapa bulan lalu.

Media pro-Umno semalam menggambarkan wujud perpecahan teruk dalam parti komponen Pakatan Rakyat ekoran 'perebutan' kerusi yang bakal ditandingi.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semalam berkata, proses tawar-menawar antara parti kompenen itu adalah biasa namun yakin proses itu akan diselesaikan dengan segera.

Read more ...

Bahasa Melayu milik semua rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR, 18 Mac : Penganut Kristian tidak sewajar dihalang untuk menggunakan Al Kitab memandang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, milik semua rakyat Malaysia. Kata Datuk Harun Taib Ketua Dewan Ulama PAS.

PAS tidak membantah atau menghalang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menyifatkan ia tidak menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Katanya..

“Bagi saya tiada masalah kalau kitab Injil digunakan dalam Bahasa Malaysia ... bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia kalau dalam bahasa lain juga tiada masalah.

“Adakah akidah orang Islam akan terjejas dengan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia ini? Tidak, ia hanya sekadar kitab yang dibaca penganut Kristian ... itu sahaja. Jadi, kenapa mesti nak halang,” katanya.

Beliau berkata kitab Injil itu hanya diedarkan di kalangan penganut Kristian jadi orang Islam tidak perlu bimbang mengenai perkara itu.

“Tiada masalah, cuma ia tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam ... itu sahaja, kalau nak guna dalam Bahasa Malaysia memang tiada masalah.

“Saya tiada bantahan dalam perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia, Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, penganut Kristian boleh menggunakan istilah itu dengan syarat hanya di kalangan masyarakat itu.

“Kalau orang Kristian nak guna istilah Allah bagi merujuk Tuhan mereka tiada masalah, kalau mereka yakin Allah adalah Tuhan bagi mereka, biarkan sahaja,” kata beliau lagi.

“Lagipun ia berbeza dengan orang Islam kita ‘Allah s.w.t’ tapi orang Kristian ‘Allah’ sahaja, jadi itu ada beza. Kalau mereka yakin itu hak mereka.

“Saya tak bantah kalau orang Kristian nak gunakan Allah tapi hanya di kalangan mereka sahaja. Jadi orang Islam kena berhati-hati dalam perkara ini,” katanya.

Selasa lalu, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang ekoran gesaan pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian.

Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.

Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri. Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia tidak akan memesongkan akidah orang Islam. (IH)

Read more ...

Orang Cina faham, MCA masih tak faham kerana Umno putar belit MCA sehingga tak faham

Orang Cina faham Kelantan haram premis judi

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.

Read more ...

Selepas berjaya mengantikan tugas Menteri Pelajaran, kini Ro$mah layak mengantikan tugas Menteri Pertanian pula

Rosmah Mansor Tanam Rock Melon Hasil RM600,000....fuyoo luarbiasa Bik ni..!!!

Oleh: mohdnoorawang

"mahathir in ijn day two 101106 rosmah mansor 2Hebat Dan Pintar, Isteri perdana menteri Datin Seri Puan Rosmah Mansor menderama kepada PERSATUAN IBU TUNGGAL 1 MALAYSIA RM600,000. Hasil dari menanan Rock Melon di kawasan lapang Seri Perdana seluas 0.4 hektar.

Cara dan kaedah Rosmah Mansor bercucuk tanam rock melon seluas 0.4 hektar boleh menghasilkan RM600,000 sungguh mengagungkan. Kementerian Pertanian diterajui oleh Datuk Noah Omar dikira gagal sebagai menteri.

Noah Omar hanya pandai bercakap dan cakap besar. Sepatutnya menteri pertanian belajar dari Datin Seri Rosmah Mansor bagaimana cara untuk mendapat hasil pertanian yang lebih lumayan. Jangan pandai buat kenyataan pertanian adalah perniagaan.

Hakikatnya Kementarian Pertanian dan Noah Omar gagal dan gendang kosong.

Rosmah Mansor tanam rock melon diusahakan oleh syarikat Iris Corporation Bhd. seluas 0.4 hektar sungguh menajukkan.

Betul ke Rosmah Mansor tanam rock melon dapat hasil RM600,000?. Sukar untuk dipercayai. Hanya Rosmah dan Najib sahaja yang tahu.

Jika betul teknik Rosmah Mansor tanam rock melon mendapat hasil yang lumayan dengan diusahakan oleh Iris Corporation Bhd, Rosmah dan Najib Razak mengarahkan Noah Omar sebagai menteri pertanian sebagai "projek contuh".

Rosmah Mansor salah seorang calun dan bakal dicalun sebagai "Tokoh Tani @ Wiranita Tani dalan anugerah peladang jaya peringkat kebangsaan.

Jangan lupa Noah Omar sebagai menteri pertanian Datin Rosmah Mansor salah seorang calun yang layak pada tahun 2011/2012.

Read more ...

Gambar ini telah diuji dan terbukti bukan gambar palsu

Gambar Ketua UMNO Gombak dan kekasih gelapnya

Gambar berikut merupakan Ketua UMNO bahagian gombak bernama Abdul Rahim Kamarudin bersama-sama dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel.

Gambar ini dikirimkan oleh individu yang tidak dikenali meminta kami menyiarkan gambar ini untuk menyedarkan rakyat betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini berlagak sebagai pejuang Islam sebaliknya "curi makan" di belakang pengikut-pengikutnya.


Pengirim email ini juga mencabar Megat Zulkarnain Dato' Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaporkan hal ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beberapa keping lagi gambar pemimpin-pemimpin UMNO "curi makan" akan didedahkan semoga pengikut-pengikut mereka sedar dari lena.

ReJaM© "Belum sempat tawan Selangor, diri sendiri sudah ditawan kah kah kah...."

Update: Gambar ini telah dianalisis terbukti bukan gambar palsu kerana hanya bahagian watermark (hosted@milosuam.blogspot.com) yang dilihat pincang dan menunjukkan warna yang berlainan sila rujuk sini [Image Analysis]

Read more ...

Wednesday, March 16, 2011

Umno Terengganu jemput Umi Hafilda hadapi Himpunan 'PAS Ganti Umno'

http://buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu2b.JPGBESUT - Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali ke-2 (PGU2) yang diadakan di Jerteh, Besut 18 dan 19 Mac ini bakal menyaksikan sekali lagi kebangkitan rakyat Terengganu untuk menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Pengarah Persiapan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata persiapan bagi menyediakan semua prasarana bagi PGU2 sudah masuk ke peringkat akhir dan InsyaAllah dapat diselesaikan petang esok, Khamis, 17 Mac.

(Gambar kanan - Ustaz Wan Azhar berbaju biru, sedang berbincang sesuatu dengan petugas, dihadapan pentas utama PGU2)

Menurutnya, walaupun cuaca agak 'muram' sejak beberapa hari lalu, namun para petugas turun padang bagi memastikan semua kelengkapan disiapkan dan akan dapat menampung kehadiran sekurang-kurang 15,000 pengunjung.

"AlhamduliLlah, semua persiapan sudah masuk ke fasa akhir, lapangan himpunan, sebuah pentas utama, 30 buah khemah untuk peserta berteduh, InsyaAllah sudah dibangunkan, sekarang sedang menyiapkan 80 tapak gerai, yang masih lagi tidak putus-putus perminaannya,"ujarnya ketika ditemui skuad BO

Menurutya, sebagaiman tentatif yang telah diedarkan, PGU2 akan bermula dengan ceramah Pra-PGU2 dengan penceramah-penceramah handalan; haji Mohamad Sabu, Dato' Husam Musa dan YB Saifuddin Nasution.

http://buletinonline.net/images/stories/PGU2/pgu2a.JPGOleh itu, beliau berkata, segala-galanya yang berkaitan kemudahan untuk pengunjung akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pagi Jumaat, 18 Mac, kerana ceramah Pra-PGU2 yang akan diadakan sebelah malamnya.

Selaku tuan rumah, Ustaz Wan Azhar yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Terengganu yang bersedia untuk membuat perubahan 'PAS ganti Umno' dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Walaupun PGU2 akan mendapat saingan sengit dengan Umno Besut membawa 'wanita upahan' Umi Hafilda berceramah diseberang sana (bandar Jerteh), tetapi InsyaAllah, abangnya Azmin bersama kita,

"kita (PAS Besut) semua untuk hadir dan bersama-sama kita berhimpun, terutamanya bagi pihak Panitia Induk, saya jemput semua sekali untuk bersama-sama makan tengah hari dalam 'Jamuan Rakyat' pada Sabtu, 19 Mac, dari jam 12 tengahari hingga jam 2 petang,"jelasnya.

Katanya, sebanyak 20 ekor lembu akan ditumbangkan untuk dijadikan lauk jamuan rakyat.


Lagi gambar-gambar persiapan di Blog Buletinonline

Read more ...

Umno khianat terhadap bangsa Melayu

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/niamar.jpgKUALA NERUS - Parlimen Hulu Selangor dan Labis di Johor, adalah contoh bagaimana Umno khianati orang Melayu yang menjadi majoriti dalam kedua-dua Parlimen tersebut,

Hulu Selangor diberikan kepada parti MIC untuk bertanding, manakala parlimen Labis telah diberikan kepada parti MCA, selain 28 kerusi yang lain seumpamanya di seluruh negara.

"tengok kerusi di Parlimen, ada lebih kurang 30 kerusi di parlimen diseluruh Malaysia yang mana pengundinya majoriti orang Melayu, tetapi Umno beri kepada MCA bertanding, beri kepada MIC bertanding (dan) beri kepada Gerakan bertanding,

"contohnya (parlimen) Hulu Selangor baru-baru ini, yang bertandingnya Kamalanathan, (sedangkan) pengundi Hulu Selangor majoritinya (adalah) orang Melayu,"jelas Dato' Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Kelantan ketika berucap di Kampung Banggol Binjai, dekat sini Ahad, 13 Mac.

Menurutnya, negeri-negeri majoriti penduduk Melayu telah memohon untuk ditambahkan bilangan kerusi Parlimen, tetapi di tolak oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammad yang juga Presiden Umno.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berakata, tetapi apabila Umno-BN kalah di banyak kerusi parlimen pada Tsunami politik pada pilihanraya ke 12 tahun 2008, pemimpin Umno mendakwa kuasa Melayu tergugat, sedang Umno yang memberikan 30 kerusi kepada bukan Melayu.

"Dia (Umno) tak ingat 30 kerusi itu, dia (Umno) yang berikan kepada bukan Melayu, inilah jenayah politik yang besar yang dbuat oleh Umno, dahlah orang Melayu kurang, kerusi Melayu diberikan kepada bukan Melayu,"tegas Nik Amar BO

Read more ...

54 tahun merdeka : Kroni Umno semakin kaya , rakyat semakin miskin

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/Idris%20Ahmad1.jpgBetapa untungnya rakyat Malaysia bila pembangkang kuat, maka manfaat akan melimpah kepada rakyat bawahan. Pembangkang yang kuat ia akan menjadi kuasa pengimbang kepada kerajaan BN.

Terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan untuk membina 10 000 rumah orang susah dengan setiap rumah diberikan peruntukan RM5000, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM50 juta.

Ini adalah agenda untuk menyantuni rakyat sebagai halwa pilihanraya yang semakin hampir. Alangkah baiknya jika dana untuk rakyat digunakan dengan baik, maka tidak timbul peruntukan untuk 10 000 rumah yang daif perlu dibaiki.

Kesemuanya ini terjadi kerana wang dana orang miskin RM32 juta lesap di telan oleh taukeh cina Ooi Kee Siang seorang tauke pokok orked di zaman Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Begitu juga saham bumi putera RM52 bilion lesap di tangan penguasa yang rakus sehingga rakyat menjadi susah. Kayu ukurnya hampir 54 tahun merdeka kehidupan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak seperti 10 tahun mencapai kemerdekaan, walaupun hasil mahsul di perut bumi begitu kaya.

Memang pemimpin umno suka rakyat miskin, supaya senang menjadi umpan pilihanraya. Sepatutnya pemimpin umno kena malu kepada rakyat, walaupun hampir 54 tahun merdeka masih terdapat 10 000 rumah yang daif yang perlukan bantuan untuk di perbaiki.

Pengalaman saya berada di Miri melihat kawasan perumahan di Kampung Pasir, terletak di belakang pejabat Petronas Cari Gali Miri. Penduduk yang tidak ada letrik terpaksa menggunakan generator sendiri dengan kos setiap bulan melebihi seratus ringgit setiap rumah.

Kawasan yang diduduki hampir 30 tahun, majoriti mereka ialah masyarakat Iban. Saya dimaklumkan setiap kali pilihanraya maka dijanji bermacam-macam oleh calon BN, selepas menang muka tidak nampak. Inilah watak yang diskimakan dalam budaya kepimpinan BN seluruh negara iaitu memperalatkan kemiskinan.

Pas mengharapkan supaya rakyat yang diberi bantuan untuk membaiki rumah jangan ada diskriminasi politik kepartian dan jangan ada unsur ugutan supaya memangkah BN. Berilah kepada yang berhak, bukan diberikan kepada kroni BN semata-mata. Pas mengharapkan seluruh jentera parti Pakatan rakyat akan pantau projek ini supaya tidak wujud pilih kasih, kerana wang ini ialah wang rakyat bukan wang umno BN.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Read more ...

Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.

Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.

Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.

Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.

"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.

"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.

Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu.

Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.

"Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya.

Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi.

Read more ...

Suspek pemancit tayar kereta berjaya diberkas, Umno tak mengaku ahli



ALOR SETAR - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah diibaratkan kejadian sabotaj terhadaap kenderaan pengunjung semasa ceramah sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera apabila seorang suspek ditahan semalam.

Dia berjaya ditahan sekumpulan petugas semasa dipercayai sedang melakukan lagi sabotaj keatas kenderaan pengunjung.

Menurut seorang petugas, suspek ditahan ketika cuba melakukan sabotaj yang sama. Apabila disoal, suspek mendakwa sedang menukar tayar kereta sedangkan tiada peralatan membuka tayar yang ditemui bersamanya dan dia mengaku kereta tersebut bukan miliknya.

Suspek akhirnya ditahan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.

YAB Dato Seri Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dalam ceramahnya turut menyentuh tentang kejadian sabotaj yang berlaku malam sebelumnya. Dalam kejadian tersebut, lebih 40 buah kenderaan telah dipancitkan tayar ketika hadir ke program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera.

Read more ...

Saifuddin tak gentar, bukti dah ada

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail tidak gentar dengan amaran Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan untuk menyamannya RM12 juta.

Ahli Parlimen Machang itu berkata pendedahan beliau sebelum ini bahawa Gobala dibayar RM1.4 juta untuk meninggalkan KEADILAN, berasaskan fakta.

“Beliau berhak berbuat apa-apa sahaja (untuk menyaman saya) kerana itu haknya. Kita biar mahkamah tentukan. Sama ada saya perlu membayar (RM12 juta) atau tidak, kita akan tahu kelak, ” kata Saifuddin.

Saifuddin juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada Gobala berhubung pendedahannya itu.

“Kenapa saya perlu minta maaf? Dan saya perlu minta maaf untuk apa? Saya sudah nyatakan, fakta saya berkenaan urus niaga itu. (Dan) Gobala kelihatannya menggelabah,” kata Saifuddin.

Beliau mempunyai bukti Gobala terlibat secara peribadi dalam urus niaga berkenaan dan ia tidak melibatkan ahli keluarga beliau seperti didakwa Gobala.

Lanjutan itu, beliau bersedia berhadapan dengan Gobala di mahkamah.

“Saya akan berhadapan dengan beliau di mahkamah. Beliau berbohong. Biarkan dia ‘berjuang’. Saya akan jumpa dia di mahkamah,” katanya dalam laporan MalaysiaKini.

Minggu lalu, Saifuddin membuat pendedahan di Parlimen mengenai Gobala mebayat bayaran pajakan tanah syarikatnya seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan RM1.4 juta melalui dua cek masing-masing bernilai RM700,000 dan RM701,250.

Hutang itu dijelaskan Embun Megah Sdn Bhd, syarikat milik Gobala kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd.

Read more ...