Saturday, November 27, 2010

KPI ' tin kosong' : Zainol Padzi patut berundur















IPOH, 27 Nov. : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah kepada Kontinjen Malaysia kerana telah berjaya mencapai sasaran untuk memungut 9 pingat emas pada Sukan Asia ini walaupun khabar angin tentang pengguguran Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia daripada Kabinet Menteri walaupun beliau telah mencapai Key Performance Indicator nya (KPI) kali ini.

Setiausaha Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al- His berkata , berbanding di Negeri Perak kedudukan Kontinjen Negeri Perak di Sukan Malaysia xiii (SUKMA), Melaka 2010 yang bermula 10 Jun hingga 19 Jun yang lalu dengan hanya mendapat kedudukan tempat ke – 11 sahaja dengan 26 pingat emas.

" Walaupun telah mensasarkan kedudukan tempat ke – 5 teratas dan juga pungutan 35 pingat emas kali ini, tetapi KPI bagi Datuk Zainol Padzi Paharudin Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri ternyata telah gagal.

" Bagi DPPN Pk, KPI yang telah diletakkan oleh Datuk Zainol Padzi ibarat ‘cakap tak serupa bikin’ atau ‘tin kosong’ sahaja" katanya

Beliau berkata, sepatutnya Datuk Zainol Padzi bertanggungjawab atas setiap kenyataan dan mesti memikul setiap pencapaian yang ada.

" Dalam erti kata lain, Datuk Zainol Padzi tidak berkelayakan dan mampu menjalankan tugasnya berbanding tokoh lama seperti Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

" Apapun, biarlah ketokohan mana-mana tokoh yang ada perlu dinilai setiap kali meletakkan KPI demi memastikan setia kerja-kerja yang dilakukan akan meraih satu keputusan yang amat membanggakan" katanya

Menurutnya, Datuk Zainol Padzi perlu sedar akan kemampuannya dan sepatutnya berundur secara terhormat serta memberikan laluan kepada tokoh yang lebih mampu.

No comments: