Saturday, November 27, 2010

Zambry diharap tinggalkan amalan khurafat

ANCAK TIANG SERI: TONJOLKAN KEBERANIAN BERSEMUKA DAN BERHUJAH!




























IPOH, 27 Nov. :
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan selamat pulang kepada Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir setelah menunaikan Ibadah Haji baru-baru ini. Doa dan harapan DPPN Pk semoga beliau telah dianugerahkan Haji Maqbul dengan niat yang ikhlas serta dapat membersihkan diri dan kembali kepada fitrah manusia yang sebenar.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak berkata, DPPN Pk berharap sekembalinya Datuk Seri Zambry dari tanah suci ini, beliau akan benar-benar insaf dan tidak akan sekali-kali terlibat lagi dengan mana-mana amalan khurafat berunsur syirik.

" Samada di dalam kehidupan peribadi beliau maupun perkara yang di bawah amanah pengawasan beliau sebagai EXCO yang menjaga hak ehwal Agama Islam di Negeri Perak.

" DPPN Pk berharap beliau benar-benar dapat mengambil pengajaran daripada kesilapan beliau menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu"katanya

Beliau berkata ,DPPN PK berharap semua tindakan Datuk Seri Zambry selepas ini mesti dibuat dengan niat yang sebenar serta diperhalusi dengan jelas akan impaknya dari sudut aqidah Islam.

" DPPN Pk juga meminta agar selepas ini, Datuk Seri Zambry wajib memastikan semua jenis amalan khurafat yang masih berjalan di Perak ini mesti dihapuskan dengan menegur pihak-pihak yang masih mengamalkannya.

" DPPN Pk yakin juga Datuk Seri Zambry sudah bertaubat setelah mendapat nasihat yang telah diberikan oleh Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak semasa bertemu beliau tempohari. Adalah penting setiap amalan khurafat ini tidak terus dijadikan amalan jika setiap umat Islam telah bertaubat dan menginsafi akan perbuatan tersebut yang jelas berunsur syirik" katanya

No comments: