Saturday, November 27, 2010

Nizar diminta bersama pertahanTeluk Rubiah


PASIR PANJANG, 27 Nov. : Penduduk di DUN PASIR PANJANG sedang sengsara dan membantah cadangan pembinaan kilang bijih besi di Teluk Rubiah yang telah diluluskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Mereka berharap ADUN Pasir Panjang Dato' Seri Nizar Jamaluddin dapat mewakili mereka menyuarakan bantahan tersebut.

Wakil Kumpulan " Save Teluk Rubiah " berkata, kumpulan itu tidak menentang pembangunan untuk perkembangan ekonomi Manjung, malah mengalu-alukan.

" Kami alu-alukan pelaburan 6 billions itu operasi kilang Vale SA, Brazil , tapi biarlah bertempat yang sesuai dengan lokasi Industri, bukan di Zon pelancongan yang ditukar kepada Zon Industri.

" Rakyat dan Penduduk Manjung difahamkan diawal perancangan, kilang ini akan dibina di Kawasan Perindustrian Lumut Port, Kg. Acheh (tapak sedia ada untuk industri)" katanya

Beliau berkata, kerajaan PR terbuka mendengar bantahan rakyat namun isu ini seolah olah tidak dipedulikan oleh kerajaan rampasan kini.

" Kami mohon Dato' Seri Nizar sebagai mewakili penduduk DUN Pasir Panjang dapat bersama dan menyelami permasalahan kami.

" Kami menaruh harapan yang tinggi kerana jika PR yg memerintah ia akan membuka ruang bantahan yang telus dan terbuka sepertimana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor" katanya

Menurutnya, walaupun diherdik dan luahan rakyat pelbagai bentuk suara, namun kerajaan PR di sana menerima dan mengambilkira pandangan rakyat yang selama ini tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan BN.

" Kerajaan PR membuka seluas-luasnya bantahan dan pandangan rakyat. Ia suatu pemerintahan yang merakyatkan.

" Kami amat berterima kasih kepada kerajaan PR terdahulu kerana membawa pelaburan dari luar negara untuk kemajuan dan kepentingan rakyat, tapi kini kerajaan rampasan meneruskan tanpa merujuk kembali kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar terhadap cadangan lokasinya.

" Ia akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap persekitaran, alam sekitar, hidupan marin, hidupan hutan, hutan simpan, pusat pelancongan, pusat riadah tempatan, masalah sosial dan terutamanya kesihatan penduduk. Kerana kerakusan manusia terhadap kemewahan duniawi, mereka alpa, lalai dan lebih tragisnya tidak mempedulikannya walau ketahuan" katanya

Beliau berkata, Kerajaan BN dibawah Dato' Seri Zambry Kader kini meluluskan lokasi pelaburan yang dibawa oleh kerajaan PR dengan menidakkan bantahan penduduk yang berada di bawah DUN Pasir Panjang.

" Jurutera Projek syarikat antarabangsa itu pernah memuji bicara, pemahaman dan kepakaran Dato' Seri Nizart yang lebih mudah memahami operasi mereka berbanding Dato' Seri Zambry.

"Justeru, kami mohon jasabaik Dato' Seri Nizar untuk mengetengahkan isu ini kepada pihak-pihak yang berkenaan. Ahli Parlimen Beruas telah membawa misi ini ke Dewan Parlimen, namun hanya jawapan pengesahan kelulusan projek dinyatakan oleh kementerian yang terbabit. " katanya

Tambahnya, Menteri Alam Sekitar mahupun Menteri Pelancongan tidak bangkit untuk mempertahankan kesucian Teluk Rubiah, dibiarkan berlalu pergi tanpa belas.

"Siapa lagi yang harus kami harapkan?

" Kami percaya Dato' Seri Nizar sebagai seorang yang terbuka malah pernah menerima pandangan rakyat hanya semata mahukan kebaikan dan kemajuan untuk rakyat yang memilihnya sebagai wakil. Harap beliau menerima dengan hati terbuka dan mempertimbangkan dengan senyuman satu ketika dahulu" katanya

Menurutnya, Dato ' Seri Nizar seorang yang boleh diterima semua golongan.

" Kami mahu Dato ' Seri Nizar terus berjuang untuk rakyat. Harapan dan doa rakyat mengiringi perjuangan beliau .

" Moga beliau dapat membantu misi ini dan bersama rakyat agar Teluk Rubiah terus kelihatan jelita dan anggun walaupun 'ibu dan bapanya telah lama mati ditelan bencana di tanah ini" katanya


No comments: