Monday, January 17, 2011

Beruntung pembantah azan ahli MCA, bayangkan jika ahli DAP, PKR atau DHPP

Artikel : Dalam posting bertajuk "Cukupkah menuduh pembantah azan busuk perut?", saya tulis:
Saya juga tidak melihat tunjuk perasaan mereka begitu sarat dengan sentimen politik yang tajam. Saya percaya, rata-rata yang memprotes itu adalah penyokong-penyokong tegar Umno. Yang mereka kecam ialah seorang peguam ahli MCA. Mereka berlawan sesama mereka.
Ringkasnya, mereka bergaduh adik-beradik.

Semalam, asik-beradik saling berpelukan (lihat Malaysiakini "
Pengadu bunyi azan mohon maaf" dan "MCA man behind azan row apologises").

Ng Kiam Nam beruntung kerana dia ahli MCA. Sebagai ahli MCA, dia boleh buat apa saja dan selepas itu meminta maaf dari adik-beradiknya. Mintak gitu-gitu ja, tak payah memohon. Depa tunggu mintak ja. Mesti bagi punya.


Kalaulah Kiam Nam orang DAP atau PKR atau ahli Kelab Penyokong PAS, jangan harap nak dapat walaupun memohon. Nasib baik dia orang MCA. Bantah apa pun tak apa. Umno boleh maaf.


Saya cakap fasal Umno. Bukan fasal peguam MCA itu. Kalau orang MCA rungsing dengan azan yang terlalu lantang, itu tak menghairankan. Kalau orang MCA tak nak hudud, apa nak herannya. Mereka bukan Islam.

Yang amat meloyakan ialah sikap Umno, tak kiralah yang bersongkok tinggi atau tidak. Saya tak naklah kata sekupang tiga. Lebih murah dari harga seluar dalam di pasar malam.


Sebab itulah kita mesti melihat apa pun yang dibuat oleh Umno tidak ada kaitan dengan 3R yang mereka jerit pekikkan. 3R itu ialah race (bangsa), religion (agama) and royalty (puak raja).


Umno dah main isu bangsa dan agama. Sekarang mereka sibuk jadi hulu dan balang puak raja. Menjadi. Bukan tak menjadi. Terlalu ramai Melayu yang dah dibangangkan oleh Umno dengan kedua-dua isu itu. Orang PAS pun ramai yang dah bangang teruk dengan isu.


Bila orang Umno kata, "Kami kalau Umno hancur, PAS kami boleh terima. PKR kami tak terima" atau "Kami bila-bila masa ja boleh tinggalkan Umno ni dan sokong PAS dengan syarat PAS mesti bersendirian", otak orang PAS yang dah dibangangkan Umno itu melorot ke paras lebih bawah dari lutut. Tak terlintas langsung di kepala mereka semua itu ayat-ayat munafiq - depan cakap lain, belakang lain pula.


Bila bercakap tentang sebahagian orang PAS yang begitu mudah ditipu dan diperdaya, saya teringat analisis mat kangkung yang jadi pak yet atau pecacai Umno dalam Bernama, "
PAS bakal jadi korban politik DAP-PKR - penganalisis".

Analisis mat kangkung itu tak salah sepenuhnya. Saya yakin PAS tak akan jadi korban dan tak akan terpinggir jika pemimpin-pemimpin PAS cerdik dan tak bodoh untuk menguasai keadaan. Tapi kalau masuk mesyuarat orang lain yang dominan dan lepas tu bersyarah pula depan ahli bahawa "kira mesti jadi dominan" untuk menghibur otak yang bengap untuk jadi dominan, tidak mustahil PAS jadi korban.


Kalau dalam mesyuarat akal tak panjang nak bercakap, lidah jadi tongong nak berhujjah, duduk tercokol macam tok kong dan bila keluar mesyuarat merungut tak habis-habis termasuk menghentam DAP yang dilihat sebagai extension Singapura (macam la Umno yang digiankan sangat itu tak jadi pak yet Singapura), apa mustahilnya PAS akan jadi korban?


Sudah-sudahlah merungut tentang puak Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan tetapi bila dah merdeka, orang lain yang perintah. Sudah-sudahlah merungut bahawa puak Islam yang perjuangkan kemerdekaan tetapi selepas itu ditipu oleh puak sekular yang akhirnya menggasak habuan kemerdekaan.


Adakah orang menipu sahaja yang salah? Orang kena tipu langsung tak salah? Tidak salahkah senang sangat kena tipu?

No comments: