Monday, January 17, 2011

Lawatan ke Oman: Ro$mah langgar protokol, bazir wang rakyat

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Talha menyifatkan tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan lawatan ke Oman sebagai melanggar protokol hubungan diplomatik Menteri Luar Negeri.

Menurut Haniza, beliau mempersoalkan atas kapasiti apa Rosmah mengadakan lawatan selama empat hari itu yang sekali lagi membazirkan wang rakyat.


“Saya tidak pasti atas urusan apa Rosmah mengadakan lawatan ke Oman yang diiringi isteri-isteri menteri dan Timbalan Menteri.


Tetapi sekiranya lawatan tersebut hanya untuk melancong, Rosmah tidak boleh menggunakan fasiliti negara. Tugas Rosmah hanya layak untuk menjaga Bakti (Badan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri), bukannya soal negara.


Beliau sebenarnya tidak layak untuk mewakili negara bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan urusan pentadbiran negara. katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.


Haniza berkata, peranan Rosmah sebagai isteri kepada Perdana Menteri bukan sepatutnya mencampuri urusan pentadbiran dan soal hubungan dua negara.


“Negara kita sudah cukup dengan menteri-menteri yang khusus dalam bidang pengurusan masing-masing. Kalau Rosmah yang mewakili negara bermakna tugasan Menteri Luar Negeri kini sudah menjadi tanggungjawabnya pula,” ujarnya.



Di samping itu, beliau turut mempersoalkan kedudukan Rosmah selaku Pengerusi Permata Negara yang telah mengambil peranan banyak kementerian lain seperti kementerian pendidikan.


“Negara kita mempunyai menteri yang menguruskan hal ehwal pendidikan, kenapa pula Rosmah yang mesti mewakili pihak kementerian untuk membincangkan soal pendidikan,” katanya.


Semalam media melaporkan isteri Perdana Menteri itu tiba ke Oman untuk melakukan lawatan selama empat hari sebagai tetamu kerajaan negara itu. Ketibaan beliau disambut Menteri Pembangunan Sosial negara itu.


Status terakhir diberikan kepada kenamaan Malaysia ialah dua dekad lalu apabila Yang Di Pertuan Agung ketika itu, Sultan Azlan Shah melawat Oman pada 1991.


Rosmah dilaporkan disambut mesra sejurus ketibaannya tetapi tidak dinyatakan di hotel mana beliau menginap.


Sabtu lalu, Keadilandaily melaporkan pendedahan yang dilakukan Timbalan Presiden keadilan, Azmin Ali, bahawa Rosmah membelanjakan RM100,000 hanya untuk menginap semalaman di Hotel Atlantis Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dalam rangka lawatannya ke negara itu.

No comments: