Saturday, January 1, 2011

Sambutah tahun baru : Rakyat mahu PR terus perintah Selangor

Hampir 20,000 Sambut Tahun Baharu 2011


SHAH ALAM 1 Jan. : Sambutan Tahun Baharu 2011 peringat Negeri Selangor disambut meriah dengan kehadiran hampir 20 ribu rakyat membanjiri i-City semalam.

Bandar yang terkenal dengan pancaran lampu ini, bukan sahaja menjadi tarikan warga tempatan malah ada yang datang dari luar selangor semata-mata ingin meraikan kemeriah tahun baharu bersama.

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya sebelum ambang tahun baharu berkata, sejak mentadbir negeri selangor pada mac 2008, kerajaan negeri bawahan pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa berusaha keras memastikan negeri Selangor terkenal sebagai negeri idaman , maju, sejahtera dan berkebajikan.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri yang dipacu pakatan rakyat ini juga berusaha memperkasa pembangunan sumber negeri di samping mengekalkan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia.

Dalam pada itu, Khalid turut menjelaskan dasar belanjawan kerajaan negeri 2011 yang bertemakan 'hasil Negeri Untuk Semua' ialah satu dasar belanjawan berimbang dengan memperuntukan RM 1.43 billion, iaitu RM830 juta bagi peruntukan mengurus dan RM 600 juta untuk peruntukan pembangunan.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diiringi oleh Exco Selangor Ronnie liew, Rodziah Ismail, Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Kim, dan Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Mad Nor.

Seperti tahun sebelumnya, acara tahun ini juga dimeriahkan lagi dengan pertunjukan bunga api bagi menandakan bermulanya tahun baru pada detik 12 malam.

Kemeriahan bandar cahaya ini tampak jelas dengan pelbagai penganjuran aktiviti seawal petang lagi. Antara aktiviti yang disajikan sempena menyambut tahun baharu ialah persembahan tarian kebudayaan, nyanyian dari artis tempatan, pertunjukan autoshow dari kelab pemotoran negeri, dan booth dari setiap agensi kerajaan.

Sambutan tahun baharu kali ini bertambah meriah lagi dengan kemunculan taman bertemakan salji yang dibuka kepada umum sambutan tahun baru.

Setiap tiket membenarkan pengunjung untuk berada di dalam taman Snowalk selama sejam di mana disediakan pelbagai bentuk permainan ais bagi hiburan pengunjung, di samping pertunjukan lampu LED dan arca ais.

Rata-rata orang ramai yang ditemui Tvselangor melahirkan rasa gembira dengan sambutan Tahun Baharu ini dan berharap kerajaan negeri akan terus mentabir Selangor dan membawa kegemilangan dan pembangunan kepada negeri dan rakyat.

No comments: