Saturday, January 1, 2011

Umno akan buat demo sebab tak boleh guna plastik

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Di Pulau Pinang Bermula Hari Ini


BUTTERWORTH 1 Jan. : Mulai hari ini, orang ramai perlu membawa beg sendiri ketika membeli belah di Pulau Pinang berikutan pelaksanaan kempen "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma" di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pelaksanaan itu melibatkan semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak).

"Pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan 'Hari Tanpa Beg Plastik' tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Setiap Hari Tanpa Beg Plastik," di sini, hari ini.

Beliau berkata penjaja dan peniaga di pasar dikecualikan daripada peraturan baru tersebut. Bagaimanapun, katanya orang ramai yang masih mahu menggunakan beg plastik boleh memperolehnya dengan bayaran 20 sen sekeping.

Pulau Pinang memulakan inisiatif "Tanpa Beg Plastik Percuma" sehari seminggu pada 1 Julai 2009 dan kempen itu dilanjutkan kepada tiga hari mulai 1 Jan tahun lepas.

Lim berkata dari 1 Julai 2009 hingga Ogos 2010, sebanyak RM174,280 berjaya dikumpul hasil penjualan beg plastik di pasar raya terlibat.

"Wang tersebut akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti Kemiskinan di PulauPinang," katanya.

No comments: