Wednesday, January 5, 2011

Selangor bela mangsa mati dalam tahanan

Selangor Sedia Dana Buat Kajian Kematian Tahanan


SHAH ALAM 5 Jan.: Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan dana sebanyak RM100,000 bagi mengkaji masalah kematian dalam tahanan termasuk kes melibatkan agensi kerajaan yan lain.

Perkara itu diumumkan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jeyakumar dalam sidang media di perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas keputusan inkues kematian bekas pembantu Exco mendiang Teoh Beng Hock, petang tadi.

"Bagi pihak kerajaan Selangor memang susah mahu terima kerana tidak tahu siapa yang bertanggungjawab.

"Dengan itu Kerajaan selangor akan membelanjakan RM100,000 untuk mangsa yang mati dalam tahanan untuk meneliti kematian.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang turut hadir bagi memberikan sokongan kepada keluarga mendiang meminta agar Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan selepas mendapati mahkamah gagal memberikan keputusan dan hanya memberikan penghakiman terbuka terhadap inkues tersebut.

"Kita perlu mahkamah rakyat. Nampaknya mahkamah hari ini telah gagal.

"Keputusan inkues gagal memberikan apa-apa makna kepada kita. Kita tidak mahu penghakiman terbuka tetapi kami mahukan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan," ujar Ronnie Liu.

"Tuan-tuan sudah mendengar ini hari ini di mana rakyat mempersoalkan keputusan tersebut. Kerajaan Negeri sememang berdukacita apabila keputusannya hanya seperti drama sahaja.

"Kita harap rakyat membuka mata kerana Beng Hock mati ketika ditahan oleh SPRM dan kita tuntut supaya kes ini dibawa ke suruhanjaya Diraja supaya ianya diteliti," Dr Yaakob Sapari.

"Rakyat Malaysia khususnya ahli keluarganya mengharapkan terungkai persoalan bagaimana beliau mati yang mana ianya tidak dapat diselesaikan hari ini.

"Kita merasa kesal kerana tidak mendapat jawapan. Semua rakyat tidak tahu siapa yang perlu dipertanggungjawabkan. Saya tegas sudah sampai masa SPRM ambil sikap bertanggungjawab atas mana-mana orang yang disoal siasat. Hari ini adalah hari paling malang buat semua rakyat Malaysia," Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

No comments: