Tuesday, February 22, 2011

Memang Mahathir kena mengucap

PAS kalau boleh mahu kita mengucap 3 syahadah - Mahathir

Kalau sebelum ini, kerap kali blogger dan Facebooker penyokong gerombolan songkok tinggi termasuk Tun Mahathir memainkan isu kononnya Parti Islam se-Malaysia, PAS mengkafirkan gerombolan songkok tinggi. Mereka menggunakan ucapan Tuan Guru Hadi Awang pada 26 Februari 1986 di saat isu pembunuhan di Memali sedang hangat sebagai bukti bahawa PAS mengkafirkan mereka. [Wikipedia]



Namun bila diteliti isi kandungan Amanat Hadi itu, ternyata tiada sebarang perkataan spesifik yang menunjukkan Hadi Awang mengkafirkan gerombolan songkok tinggi. Sebaliknya, Hadi awang di dalam petikan ucapannya berkata "... kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku". Jelas sekali gerombolan songkok tinggi sendiri yang terasa mereka kafir dan dikafirkan melalui ucapan itu.

Kini gerombolan songkok tinggi 3 jengkal bakal mendapat idea baru untuk dimainkan sebagai isu apabila Tun Mahathir merangkap tokoh pujaan mereka telah mengeluarkan kenyataan merapu kononnya PAS kalau boleh mahu rakyat Malaysia yang beragama Islam mengucap 3 syahadah. [Utusan]


Utusan Malaysia, demi menutup kenyataan merapu Tun Mahathir menyifatkan kenyataan itu sebagai sindiran Tun. Namun jelas sekali ucapan ini boleh dianggap sebagai fitnah untuk memburuk-burukkan PAS. Tun Mahathir kata PAS mengkafirkan UMNO, tanpa bukti, kini memfitnah kononnya PAS mahu orang Islam mengucap 3 kalimah syahadah pula jelas sekali tiada bukti dengan niat untuk menggambarkan PAS sebagai parti ajaran sesat.


ReJaM© "Tun Mahathir memperlekeh hukum hudud, menghina sunnah Rasulullah pula dipuji dan disanjung"

3 comments:

Anonymous said...

SUDAH LA PAS . SELAMA MEMERINTAH DI KELANTAN APA BENDA YANG PARTI KORANG BUAT, YANG BANYAK DILAKUKAN OLEH YB PAS ADALAH MENAMBAH KOLEKSI BIN @ GUNDIK ISLAM SANGAT KAH KORANG TU... MACAM DAJAL ADELAH...

Anonymous said...

Hudud PAS Kelantan menghukum peliwat isteri di bawah hukuman Takzir dan tidak di bawah hukum hudud sedangkan Allah mengharamkan suami meliwat isteri (bersetubuh melalui dubur)

Anonymous said...

anon umno nak buat pandai pulak, bila pas nak laksana hudud diugut nak isytihar darurat.