Tuesday, February 22, 2011

PAS Terengganu yakin sokongan orang Melayu Terengganu kepada PAS

PAS serius isu undi Melayu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglIoDlF3J1HzbilACqldJI5FnOmrdrVhVMfdTk8IAq1RzuJdf_aBaSyAkSI4stImSv7rhj8VzoYdzsLuERGF_O2pOR3i8gysBIk62Idm2tr1fBAZQzkYMoC046KoTE-hVeNNSjn5H0YvM/s220/n31.jpgKUALA TERENGGANU – Pas mengambil serius kenyataan bahawa peratusan undi Melayu sekarang bergerak kepada UMNO kerana ia boleh mengancam kedudukan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, walaupun pada dasarnya sokongan orang Melayu di negeri ini kepada Pas masih kukuh, pihaknya tetap memberi perhatian supaya keadaan tidak menjadi lebih parah.

Menurutnya, antara langkah diambil adalah menggunakan kekuatan yang ada untuk menyebarkan jaminan Pas tidak akan mengetepikan kepentingan, hak dan nasib orang Melayu jika Pakatan Rakyat (PR) menang PRU ke-13.

“Kita sudah sepakat, orang Melayu tidak akan terpinggir dan untuk itu kita akan sebarkan perkara ini kepada rakyat peringkat akar umbi supaya mereka faham serta tidak keliru dengan fitnah dilontarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Antara usaha itu adalah dengan menggunakan saluran media kita, adakan jelajah ke segenap lokasi, siri ceramah dan gerak kerja tersusun,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan PR terutama Pas dan PKR dalam keadaan terancam dan berpotensi kehilangan banyak kerusi jika undi Melayu lari lima peratus pada PRU akan datang.

Pensyarah Sains Politik Universiti Monash, Dr Wong Chin Huat berkata, perkara itu perlu dibimbangi kerana sejak belakangan ini, peratusan undi Melayu jelas bergerak kepada UMNO, manakala undi Cina kekal tinggi kepada PR.

Hanafiah memberitahu, Pas akan meyakinkan rakyat bahawa Melayu tidak akan hilang manakala politik, ekonomi mereka dan agama Islam tetap terjamin walaupun PR diberi kepercayaan mentadbir negara ini bersama-sama PKR dan DAP.

“Kita beri perhatian serius perkara ini dan Pas tidak syok sendiri kerana mendengar pandangan ‘orang luar’ mengenai keadaan parti, supaya kita dapat perbaiki kekurangan serta kelemahan yang ada demi keutuhan parti,” katanya.

No comments: