Monday, February 14, 2011

Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda ganti Ro$mah

Unisel Terima Canselor Dan Pro-Canselor Baru

SHAH ALAM 14 Feb.: Pro-canselor Universiti Selangor (UNISEL), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dipilih menggantikan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai Canselor baru universiti milik kerajaan negeri itu.

Perlantikan ini diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali dalam sidang medianya pada petang di sini hari ini.

"Pelantikan ini juga bukti ketelusan dan kebertanggungjawab Kerajaan Selangor yang memilih professional berpengalaman luas sebagai peneraju sebuah universiti yang berperanan melahirkan ganerasi muda berkemahiran tinggi dan berilmu," katanya.

Sementara itu mantan Ketua Pengarah jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Pro-Canselor Unisel.

Menurut Dr. Halimah, penerimaan perlantikan kedua-dua tokoh ekonomi dan pentadbiran ini diharapkan dapat memacu UNISEL mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

Raja Arshad merupakan pengerusi Maxis Berhad dan anggota lembaga pengarah Sime Darby Berhad.

Beliau juga terlibat dalam kerja kemasyarakat apabila menjawat jawatan pengerusi Yayasan Raja Muda selain menjadi anggota Dewan DiRaja Selangor dan majlis penasihat kepada Sultan Selangor.

Manakala Tan Sri Ismail Adam merupakan Ketua Pengarah JPA pada tahun 2004 sehingga sekarang. Beliau juga adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2000.

Tempoh pelantikan Rosmah sebagai Canselor UNISEL telah tamat pada 5 Februari lalu.

Pelantikan kedua-dua tokoh ini akan berkuatkuasa pada 21 Februari depan dan beliau dijadual menerima watikah daripada Sultan Selangor pada sebelum 9 Mac ini.

No comments: