Monday, February 14, 2011

Siapa putuskan saksi kes Teoh, Peguam Negara atau Suruhanjaya DiRaja ?

Jabatan Peguam Negara Buang Nama Pornthip Dari Senarai Saksi


KUALA LUMPUR 14 Feb.: Jabatan Peguam Negara (AGC) didapati telah membuang nama seorang saksi penting dalam Inkues Teoh Beng Hock daripada senarai saksi yang disediakan oleh AGC untuk kegunaan Suruhanjaya DiRaja (RCI) menyiasat kematian TBH yang bermula hari ini.

Peguam keluarga TBH, Gobind Singh Deo berkata nama Dr Khunying Pornthip Rojanasunand, seorang ahli patologist Thailand yang mendakwa terdapat 80 peratus kemungkinan TBH dibunuh telah dikeluarkan dari senarai saksi.

"Senarai tersebut nampaknya tidak memasukkan nama Dr Pornthip, dan pada pendapat saya Dr Pornthip merupakan seorang saksi yang amat penting kerana bukit beliaulah yang mengubah halatuju perjalanan inkues sehinggakan kita memutuskan untuk bedah siasat kedua.Saya harap anda dapat faham signifikan bukti yang didedahkan oleh beliau dan kesannya terhadap prosiding, maka kita merasakan nama beliau patut dimasukkan sekali dan beliau juga perlu dipanggil," tegas beliau.

Jelas beliau, walaupun RCI membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan kes ini untuk memberi keterangan tetapi sebagai seorang saksi penting yang telah memberikan hujah forensik yang telah mengubah perjalanan Inkues TBH, nama Dr Pornthip sepatutnya telah dimasukkan secara automatik.

Selain itu, Gobind juga menjelaskan senarai saksi yang disediakan oleh AGC juga tidak mencerminkan ketelusan dan tidak memberikan keyakinan bahawa AGC sebuah badan yang bebas kerana nama seorang saksi penting semasa Inkues TBH tidak dimasukkan.

"Tetapi nama beliau tidak ada dalam senarai itu dan ini merupakan satu isu yang menambah kebimbangan keluarga TBH kerana senarai itu disediakan oleh pegawai dari pejabat AGC," jelas beliau.

No comments: