Sunday, May 29, 2011

PAS Jalan Pantai Lama terima sijil pendaftaran

PARIT BUNTAR, 29 Mei : Permohonan ahli-ahli PAS Jalan Pantai Lama untuk menubuhkan sebuah cawangan PAS akhirnya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Setiausaha PAS Jalan Pantai Lama Ahmad Fairus Muhammad berkata, majlis penyerahan sijil pendaftaran cawangan telah diadakan selepas mesyuarat penubuhan PAS cawangan berkenaan di sini.

“ Perlantikan Jawatankuasa cawangan telah diadakan dalam mesyuarat ini. Secara rasminya , PAS Cawangan ini boleh bergerak melakukan aktiviti.

“Agenda PAS Parit Buntar semestinya juga menjadi agenda utama PAS di peringkat cawangan” katanya

Sementara itu , Jamaluddin Abd Rahman yang dipilih sebagai Ketua PAS Cawangan Jalan Pantai Lama mengingatkan ahli PAS cawangan supaya sentiasa mendapatkan maklumat isu-isu semasa dari pimpinan PAS kawasan.

“ Sekarang banyak berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media arus perdana supaya rakyat membenci pimpinan dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

“ Ahli-ahli PAS juga jangan terpengaruh dengan berita fitnah ini, sebaiknya mendapat maklumat yang betul dan menyebarkan kepada masyarakat setempat” katanya

Jamaludin meminta Jawantankuasa PAS Cawangan yang baru dipilih supaya bersama-sama mengerakkan cawangan dengan pelbagai aktiviti.

“ Saya berharap PAS Cawangan ini dapat bergerak aktif dengan kerjasama dan sokongan dari Ajk dan ahli-ahli PAS Cawangan.

“ Sekiranya, PAS Cawangan ini kuat secara tidak langsung memperkukuhkan PAS kawasan terutama bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti” katanya

Pengarah Pilihanraya PAS Parit Buntar Khairulzami Muhammad telah menyampaikan penyerahan sijil pendaftaran PAS Cawangan Jalan Pantai Lama kepada Ketua PAS Cawangan Jamaluddin Abd Rahman.

No comments: