Sunday, May 29, 2011

Untung rakyat Selangor di bawah pemerintahan PR

Syabas Pula Tawar Air Percuma Sepanjang Tahun


SHAH ALAM 29 MEI : Kerajaan Selangor mengalu-alukan cadangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengecualikan keluarga miskin di negeri ini daripada membayar bil air untuk tempoh setahun.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok Suh Sim berkata demi terus membela golongan penduduk itu, Syabas kini perlu memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam melengkapkan penstrukturan semua industri air Selangor.
Ini akan memastikan penduduk terbabit terus menikmati kemudahan air pada kadar yang munasabah selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, tambah beliau kepada TV Selangor.
" Saya mengalu-alukan cadangan Syabas ini, tetapi apa yang penting adalah Syabas mempercepatkan proses pengambilalihan syarikat terbabit oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata Teresa.
Beliau berkata langkah terbaru Syabas mengecualikan terus keluarga miskin daripada membayar bil air menyusul tindakan kerajaan negeri memberi air percuma 20 meter padu sejak tahun 2008.
" Kerajaan Negeri telah memberikan 20 meter padu air percuma kepada semua rakyat di Selangor dan kami telah menunjukkan prihatinan kami. Jadi jika Syabas ingin menghulurkan bantuan tersebut kepada keluarga miskin kami mengalu-alukanlah," kata beliau.
Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata, syarikat itu akan memberi kelonggaran kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan tidak berkemampuan dari membayar bil air sepanjang tahun.
Rozali berkata keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang ramai pula akan diberi keutamaan dalam pemberian air percuma kerana mereka dibeban dengan perbelanjaan mengurus pendidikan anak-anak.
Kerajaan Negeri sebelum ini membuat tawaran untuk mengamil alih aset Syabas dan tiga syarikat konsesi lain dalam hasrat untuk menjamin harga air tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya seperti masa-masa lalu.
Kerajaan negeri dijangka mengadakan mesyuarat dengan kerajaan persekutuan bulan depan dalam usaha terbaru untuk mengatasi kemelut pengambilalihan itu.

1 comment:

cucu tok perak said...

ITULAH UNTUNGNYA RAKYAT SELANGOR DIBAWAH PR. BERLUMBA2 UMPORNO DAN SYABAS NAK BAGI PERKHIDMATAN YG BAIK KEPADA RAKYAT.. RAKYAT DI NEGERI BN KUAT, JOHOR, NS, MELAKA DAN PAHANG MANE ADE MCM INI PYA SYARIKAT AIR LAYAN RAKYAT !!!!!! BILA TERTONGGAK 2 BLAN POTONG.... DI JOHOR AIR LAGI MAHAL... CINA SINGAPORE YG DIBENCI OLEH PERKASA DAN UMPORNO DIJUALNYA AIR MURAH BEBENO... RAKYAT JOHOR CERDIKLAH SIKIT CONTOHILAH ORG SELANGOR..... JGN JADI UMPORNO TOTOK BIAR LAH WAK SEMBAB AJE JAWA TOTOK.....