Wednesday, June 8, 2011

Baru la UMNO nak cakap pasai Islam

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/mat-sabu.jpgSHAH ALAM – Pas mempersoalkan kenapa baru sekarang UMNO bercakap mengenai Islam dan perpaduan sedangkan ketika parti itu kuat dahulu, mereka tidak bercakap mengenainya.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, UMNO sekarang semakin hilang pengaruh kerana rakyat akar umbi terbukti memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai wadah memperjuangkan hak mereka.

Menurutnya, UMNO yang sudah kehabisan modal dan hanya menunggu masa untuk tumbang pada pilihan raya umum nanti, jadi parti tersebut menggunakan ‘talian hayat’ terakhir mereka iaitu bekerjasama dengan Pas.

“Kenapa baru cakap mengenai Islam dan perpaduan sekarang? Adakah mereka lupa dengan peristiwa Memali dan mereka menekan rakyat dengan pelbagai cara. Saya tegaskan di sini bahawa Pas tetap bersama dengan PR,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohamad yang popular dengan gelaran ‘Mat Sabu’ turut mengingatkan UMNO bahawa zaman Pas bersama dengan UMNO seperti era 70an lalu sudah menjadi sejarah yang tidak perlu lagi dikenang.

“Zaman UMNO sudah berlalu, sekarang adalah zaman Pas dan PR, dalam banyak hal, sekarang Pas lebih ke hadapan daripada UMNO, sebab itu mereka tidak habis-habis bercakap mengenai perpaduan,” katanya.

Mohamad yang baru memenangi jawatan timbalan presiden pada Muktamar Pas lalu telah mengalahkan bekas penyandang, Nasharudin Mat Isa dan bekas Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.SH

No comments: