Wednesday, June 8, 2011

Dana kepada calon pilihanraya disokong

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZRzl29NmD4OP4Lod87ifUcFyDWlmq1HHLa_bXotPU7se_wjbeLO5RGSLLlCTmcN0XHomvf71ZaOhwmtn6EbSHt71A52lqiJlz5ALKTICWtOBMCRPFmh0U0c630XMUQsyh0Fu-JEapMlQn/s1600/Kamaruddin+jaffar+1KOTA BHARU – Pas Kelantan sokong cadangan Transperancy International Malaysia (TI-M) kepada kerajaan bagi membiayai dana calon pada pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah banteras rasuah.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pembiayaan dana itu bukan sekadar bantu calon, tetapi turut memberikan bantuan terhadap perjalanan dan pengurusan parti politik sama ada parti kerajaan atau pembangkang.

Menurutnya, tindakan itu turut memberi peluang kepada setiap parti menumpukan kepada sesi berkempen tanpa memikirkan mengenai pencarian dana.

“Bantuan dana itu perlu diambil daripada kewangan dana negara bagi mengelakkan sebarang permasalahan di kemudian hari.

“Saya turut terlibat dalam perbincangan ini dan banyak tindak balas positif kepada negara akan berlaku jika ia dijalankan,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian.:

Kamaruddin berkata, pernah berlaku dalam arena politik Kelantan apabila seorang pemimpin politik dibiayai sebuah syarikat gergasi bagi menyokong permainan judi bola.

“Besar kemungkinan, pemimpin politik itu tidak mempunyai kewangan yang cukup bagi menampung proses berkempen dan sebagainya.

“Bukan senang untuk mencari dana untuk mengadakan PRU atau PRK kerana masing-masing menelan belanja yang besar.

Menurutnya, seseorang itu akan berbuat apa saja untuk meraih sokongan kepada parti yang diterajui.

Kerajaan baru-baru ini, disarankan membiayai dana calon dalam PRU dan PRK, cadangan berkenaan dibincangkan TI-M dalam pertemuannya dengan Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah.

TI-M mencadangkan supaya laporan pembiayaan politik, pendedahan pembiayaan parti politik dan calon serta pengawal selia derma politik disediakan.

Pada 5 Mei lalu, pihak TI-M mengemukakan cadangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk diteliti secara lebih lanjut.

No comments: