Wednesday, June 8, 2011

Pecat Kazim Elias pengampu ketuanan UMNO


Ketetapan dewan ulama Pas Perak pecat ustaz Kazim Elias dari keahlian Pas

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 yang lalu di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak. Muktamar ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Muktamar kali ini telah mengukir sejarahnya yang tersendiri di mana seluruh kawasan Air Kuning telah mengalami gangguan bekalan elektrik sejurus selepas selesai majlis perasmian berlangsung. Muktamar diteruskan dalam keadaan gelap dengan hanya diterangi dengan cahaya lilin. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Perak sesi 2011-2013 telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 114 perwakilan telah menunaikan hak mereka untuk mengundi. Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :

1. Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

2. Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.

Kredit to ABAH ANAS

dari blog…

http://wasiatpejuang.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

PAS tidak boleh dikritik ahli sendiri disebabkan sayang pada rakan DAP & PKR. Jika PR menang pun, org Melayu ibarat "Menang jadi arang, kalah menjadi abu". Yg berkuasa bangsa lain yg telah lama berdendam dgn org Melayu.

Anonymous said...

Kazim....kalau dipandang....seiras wajahnya macam...Zulkifli Nordin....YB KULIM..

Anonymous said...

Perlu dikatakan disini Siapa yang untung dari pecah belah orang melayu..DAP gak.Pernah taknpk bila ada bantahan ataupon demo kuncu2 DAP turut serta...mungkin tidak. Saya sayang ngan org Islam dan bangsa Melayu harapan satu hari nanti dapat bersama-sama bersepakat dan bantu membantu.

Anonymous said...

UMNO yang untung bukan DAP. Tak ada bukti DAP untung yang ada hanya fitnah pencacai UMNO