Thursday, December 29, 2011

DAKWAT KEKAL!!! Kena tunggu 1 Februari

http://dppwp.files.wordpress.com/2011/08/dakwat-kekal.jpgKUALA LUMPUR 29 Dis. — Keputusan mengenai peraturan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diketahui pada 1 Feb depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, peraturan itu sedang digubal dan kandungan dakwat masih dikaji oleh Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.


"Selepas siap, ia dijangka boleh dipaparkan pada mesyuarat Parlimen dan dianggap untuk berkuat kuasa,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat ke enam PSC di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, dakwat baru itu adalah lebih baik berbanding dakwat kekal yang disyorkan pada PRU 2008, dan beliau yakin tiada masalah akan berbangkit.

"Dakwat bahan yang sama (seperti yang disyorkan pada 2008) namun masih dikaji ole Jabatan Kimia...warna dan pelbagai lagi, tetapi bahan dan kandungannya sama seperti yang pernah mereka uji sebelum ini. Dakwat ini dikatakan lebih baik berbanding yang satu lagi,” katanya.

Selain itu, dalam usaha membersihkan daftar pemilih, Ongkili berkata, SPR hari ini turut mengedarkan cakera padat mengandungi 42,051 nama pengundi yang meragukan kepada anggota PSC dan parti-parti politik di seluruh negara.

tanya.

Ongkili juga memaklumkan bahawa mesyuarat PSC pada hari ini turut memutuskan susun atur baru tempat mengundi bagi menjadikan proses pengundian lebih telus di mana ejen tempat mengundi (wakil calon) diberikan ruang penelitian lebih rapi.

Selain itu, katanya, beberapa penambahbaikan lain turut dilakukan termasuk menyediakan peti undi yang lebih sesuai.

Beliau juga memberitahu bahawa setakat ini, tujuh daripada 10 cadangan PSC di Parlimen telah menerima maklum balas positif daripada SPR.

"PSC akan berfungsi selama tiga bulan lagi sehingga minggu pertama April dan kami akan terus membantu SPR daripada segi pelaksanaan dan saranan bergantung kepada masa yanga da,” katanya. — BERNAMA

No comments: