Thursday, December 29, 2011

UMNO PENING!!! PR menang di Melaka, DAP sokong Adun PAS sebagai Ketua Menteri


Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, YB Lim Jak Wong berkata sekiranya PR menang di Melaka DAP akan menyokong Adun PAS untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

Lim berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Taman Tun Rahah, Bukit Katil malam tadi.


"Saya berani menyatakan bahawa kalau PR menang di Melaka, DAP akan sokong Adun PAS jadi Ketua Menteri Melaka" ujar Lim dengan bersemangat.


Kenyataan berani Lim ini memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN yang sering memainkan isu bahawa jika PR menang di Melaka, Wakil Rakyat dari DAP akan menjadi Ketua Menteri.


Turut berceramah malam tadi ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin, Ketua Cabang Bukit Katil, Yusof Abdullah.

1 comment:

Anonymous said...

Orang Cina sekarang dah sedar bahawa mereka lebih terbela bawah PAS. Tak yah sogok. Tak yah hulur.

Kerajaan PAS jujur dan amanah. YB Nizar dah jadi hero kat Perak. Kemana beliau pergi org cina keluar berduyun duyun sambut beliau.

Hang pi tengok lah sendiri.