Thursday, December 29, 2011

Pakaian sekolah untuk pelajar miskin dan anak yatim

PARIT BUNTAR, 29 Dis.: Seramai 20 orang anak yatim dan miskin mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS Parit Buntar untuk membantu mereka menyediakan pakaian serta beg sekolah sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2012.

Timbalan Ketua Pemudanya, Hairul Nizam Ishak berkata, kanak-kanak ini telah dipilih dari seluruh kawasan Parlimen Parit Buntar.

" Dewan Pemuda berkerjasama dengan pihak korporat yang ingin bersama membantu pelajar miskin dan anak yatim.

" Peruntukan telah disumbangkan oleh wakil korporat sebagai tanda bersimpati bagi membantu kanak-kanak ini"katanya


Menurut Hairul Nizam, Program "Jom Pi Sekolah" ini merupakan salah satu program kebajikan yang diatur oleh Pemuda Kawasan bagi menyahut slogan Negara Berkebajikan.

" Kita sedaya upaya akan cuba membantu golongan yang memerlukan untuk meringankan beban serta kesulitan yang mereka hadapi.

" Kita membawa mereka yang terdiri dari tahun satu hingga tingkatan satu ke sebuah pasaraya yang menawarkan harga istimewa untuk anak-anak miskin dan yatim ini" katanya


Turut bersama-sama menyantuni dan meraikan anak yatim ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain dan isteri, Yang Dipertua PAS Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua, Abdul Baharin Mat Desa pimpinan PAS Kawasan serta Pemuda PAS Parit Buntar.


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain menyantuni seorang anak yatim memilih pakaian sekolah


Isteri Pesuruhjaya membantu anak-anak yatim mencuba pakaian sekolah

No comments: