Thursday, December 29, 2011

Rakyat perlu tolak BN yang khianat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUh43PXO3EIj_SGSHR5NxAjZKQADhM-LWOoc5jcKq3tdAoh5gfPe9iU5ccxn4F8onmCpfZkb4eV3_QdLHDYJQXFnkpC8s4DUYV6OSzHwFUi3884A5Zh_UShKlm3rc7-4LdohllkBoaCXI/s320/nizar_mb_muka_web.jpgPARIT BUNTAR, 28 Dis. : Rakyat perlu menolak UMNO/BN kerana mandat telah diberi oleh rakyat selama 54 tahun memerintah negara ini tetapi malangnya UMNO/BN telah khianat kepada rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin , berkata rakyat perlu membuat keputusan tiga bulan daripada sekarang untuk menolak UMNO/BN dalam PRU13 akan datang.

“ Begitu banyak perkara yang telah dilakukan oleh UMNO/BN terhadap rakyat sehingga menyusahkan hidup rakyat terutamanya orang Melayu.

“ Rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya begitu berleluasa dan sebahagian besarnya telah diperakui sendiri di dalam Laporan Audit Negara” katanya semasa menyampaikan ceramah pelancaran Dana Unit Peti Undi (UPU) Kampung Kedah di sini.

Menurut beliau lagi, UMNO sendiri sejak akhir-akhir ini telah menyerlahkan wajah sebenar mereka sebagai sebuah parti rasis atau perkauman.

“ Ini terbukti untuk sekali lagi di dalam ucapan-ucapan pimpinan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

“ Ini adalah berlawanan dengan apa yang diperintah oleh Allah SWT , yang meminta umat Islam tidak membenci mana-mana kaum dan hendaklah berlaku adil kerana adil itu mendekatkan diri dengan ketaqwaan” katanya

Beliau mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa UPU Kampung Kedah yang menjalan usaha mencari dana sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum ke 13.

“ Selain dana, PAS perlu UPU yang bergerak aktif terutama mengadakan aktiviti penerangan kepada penduduk setempat bagi mendedahkan penyelewengan dan rasuah pemimpin UMNO.

“ Hanya dengan aktiviti penerangan , PAS dapat menjawab segala fitnah dan pembohongan UMNO yang disebarkan melalui media massa perdana” katanya

No comments: