Sunday, January 6, 2013

PARIT BUNTAR!!! 300 pelajar terima bantuan beg sekolah

PARIT BUNTAR : Seramai 300 pelajar sekolah sekitar Parit Buntar menerima bantuan beg sekolah sumbangan Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar. 
 
Pengerusinya Abdul Bahrin Desa berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dapat ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sempurna.
 
“Program ini termasuk dalam program ‘Kembali Ke Sekolah’ peringkat parlimen Parit Buntar yang diadakan setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dan anak yatim.


“ Pada tahun ini, seramai 300 pelajar menerima beg sekolah termasuk pelajar dari kaum Cina dan India “ katanya
 
Abdul Bahrin berkata, majlis penyampaian beg sekolah diadakan di beberapa tempat termasuk di komuniti orang Cina dan India. 
 
“ Seramai 200 pelajar menerimanya dalam majlis penyerahan beg sekolah di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.
 
“ Manakala selebihnya diadakan di beberapa penempatan orang Cina dan India melibatkan Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Bagan Tiang “ jelasnya
 
Menurutnya, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin turut menyumbang kepada Lujnah Kebajikan untuk program ini.
 
“  Setiap tahun, kami dapati ada keluarga miskin yang tidak dapat membeli barangan persekolahan anak-anak mereka kerana kekangan kewangan.
 
“ Justeru itu, kami berharap sumbangan beg sekolah ini dapat meringan bebanan kewangan yang terpaksa ditangung ibu bapa mereka bagi membeli kelengakapan persekolahan” katanya
 
Katanya, majlis penyerahan beg sekolah ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa , Pesuruhjaya PAS Perak Ust. 
Abu Bakar Husin dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim
 
“ Turut hadir menyampaikan beg sekolah kepada pelajar ialah isteri Pesuruhjaya PAS Perak Puan Norain Omar bersama Datin Zuraida Husin isteri Ahli Parlimen Parit Buntar.
 
“ Pelajar-pelajar ini cukup gembira menerima beg-beg baru ini yang dapat mengantikan beg-beg mereka yang lama.” katanya
 
Menurutnya, program tersebut akan diteruskan bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan bagi meneruskan persekolahan mereka.
 
“ Kami berharap semua pelajar ini supaya dapat belajar bersungguh-sungguh dan berjaya di masa hadapan.
 
“ Kejayaan-kejayaan ini akan dapat mengubah nasib keluarga di masa hadapan” katanya
 
  
 
 
 

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah, dpt beg sekolah..