Sunday, January 6, 2013

PARIT BUNTAR!!! Majlis minum petang bersama Bekas Menteri Penerangan dapat sambutan


PARIT BUNTAR,  : Majlis minum petang bersama Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir anjuran Pas Cawangan Kuala Bagan Tiang telah menarik kehadiran ramai penduduk tempatan dan kawasan berhampiran.
 

Penolong Setiausaha Pas Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, kehadiran Bekas Menteri Penerangan memang dinanti oleh penduduk di sini yang kebanyakannya merupakan bekas penyokong kuat Umno.
 

“ Kehadiran yang ramai pada hari ini termasuk orang Tionghua Kuala Bagan Tiang ini membuktikan perjuangan Pas kini diterima penduduk di sini.


“ Umno Parit Buntar tidak boleh lagi mendabik dada menyatakan Bagan Tiang adalah kubu kuat mereka kerana ramai penduduk sudah berubah menyokong Pakatan Rakyat” katanya 
 

 Menurutnya, Pas Cawangan Kuala Bagan Tiang yang baru setahun ditubuhkan juga aktif mengadakan pelbagai program  kebajikan dan kemasyarakatan di kawasan ini.
 

“ Kebelakangan ini, Umno juga turut memberi tumpuan mengadakan program di kawasan ini bagi mengekang perubahan sokongan penduduk kepada Pas.
 

“ Tahniah kepada Pas Cawangan yang sudah mempunyai markas sendiri dan aktif mengadakan program sehingga membimbangkan Umno Bahagian Parit Buntar” katanya
 

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi DHPP Perak Beh Heng Khim, Ajk Pas Kawasan Parit Buntar dan Ajk DHPP Parit Buntar

 

 

 


 


 


 

 

 

 

Sementara itu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga telah menyampaikan ceramah perdana pada sebelah malam di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.
 

Abdul Kadir dalam ucapannnya meminta rakyat menolak Umno kerana Umno kini dipimpin oleh ‘perompak dan penyamun’
 

“Mereka curi duit berbilion-bilion, juta-juta tak main dah, kita perlu tumbangkan kerajaan Umno BN untuk pastikan negara selamat daripada perompak yang berlesen ini.
 

“Pemimpin Melayu Umno kini jadi penderhaka kepada bangsa Melayu sendiri. Umno untuk Umno sahaja, mereka tidak bela Bumiputera dan Melayu lagi,” katanya

Menurutnya, mereka hanya mengampu dan menangis tetapi tiada hala tuju perjuangan berbeza dengan pejuang Umno pada zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Hussein Onn. 
 

“ Lebih setengah daripada bangsa Melayu dipinggir daripada menerima bantuan dan pembelaan.
 

 “Lebih 50 tahun Umno khianati bangsa sendiri” katanya di hadapan lebih 1000 orang yang hadir .
 

Turut hadir  Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan pimpinan Pas Kawasan Parit Buntar 

 


 

No comments: