Sunday, January 6, 2013

PARIT BUNTAR!!! Cakna rakyat sediakan pelbagai acara untuk penduduk

PARIT BUNTAR  : Pelbagai acara telah diadakan dalam program Cakna Rakyat anjuran Pas Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pas Cawangan Kedai Empat yang berlangsung di perkarangan Markas UPU Kedai Empat di sini. 
 
Penolong Setiausaha Pas Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata , acara yang diadakan melibatkan penyertaan kanak-kanak , dewasa dan wanita.
 

“ Antara acara kanak-kanak ialah mewarna,jet kertas, bola pingpong dalam sudu, bola di pingang dan isi air dalam botol. 



“ Manakala acara kaum wanita dan dewasa pula ialah raut lidi, boling kelapa, kerusi berirama dan balingan kasih“ katanya
 
Hairul Nizam berkata, program Cakna Rakyat merupakan aktiviti berterusan Pas Kawasan Parit Buntar bertujuan merapatkan hubungan di antara pimpinan PAS dengan masyarakat setempat dengan menganjurkan program yang boleh dimanfaatkan oleh mereka.

“Ini adalah usaha kita untuk lebih dekat dengan rakyat dan mengetahui masalah mereka serta mengeratkan lagi hubungan PAS dengan penduduk setempat yang sedia terjalin. 

 
“ Kami memberi peluang kepada penduduk sekitar Kedai Empat untuk menyertai pelbagai aktiviti dan acara yang disusun”katanya
 
Sementara itu, seorang penduduk Zulkhefly Asmawi, 54,berkata, penduduk dapat menggunakan medan seperti program Cakna Rakyat untuk hadir serta menyertai acara yang diadakan.

“ Pas Kawasan Parit Buntar mengadakan program hari ini khas untuk seluruh penduduk di sini, jadi kesempatan berkumpul pada hari ini telah digunakan sebaiknya oleh penduduk.

“ Selepas musim menuai padi, penduduk di sini dapat memanfaatkan program seperti program Cakna Rakyat untuk mengukuhkan hubungan yang sedia terbina”katanya

 
Turut hadir meraikan program Cakna Rakyat bersama penduduk ialah Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Abu Bakar Husin, Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Yang Dipertua Pas Parit Buntar Tuan Haji Harun Haji Hashim.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: