Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! Trio YB kekal terajui PAS Kuala Kedah



ALOR SETAR: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kuala Kedah kali ke-39 baru-baru ini menyaksikan Adun Pengkalan Kundor, Dato' Ir Pahrolrazi Zawawi kekal sebagai Yang Dipertua (YDP) bagi sesi 2013-2015.

Sementara itu, dua orang lagi Adun, Dato' Ir Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustaffa (Kubang Rotan) masing-masing kekal diberi mandat oleh para perwakilan sebagai Timbalan YDP dan Naib YDP.

Dalam mesyuarat yang berlangsung di Dewan Al-Amin, Telok Bagan dekat sini, 16 orang Ahli Jawatankuasa Kerja telah dipilih iaitu Ustaz Abdul Rahman Omar; Saedi Azizan Ramli; Harun Khamis; Abdul Hamid Bahari; Ustaz Ridzwan Abu Bakar; Ziyadi Raof; Noriza Saad; Kassim Md Isa dan Ramli Shafie.


Turut dipilih ialah Abdul Azim Ahmad; Mohd Fuad Lazim; Yazid Hashim; Mohd Azizi Abdullah; Rafie Yahya; Ismail Awang dan Ahmad Darus.

Sementara itu Ustaz Omar Saad menang tanpa bertanding sebagai Ketua Urusan Ulama; Fuad Yakkon selaku Pengerusi Tetap dan Abdul Razak Din sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa.

No comments: