Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! Ustaz Azizan dan Ustaz Hasan kekal YDP Jerai dan Kulim


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak kekal menerajui PAS Kawasan Jerai bagi sesi 2013-2015 selepas dipilih semula selaku Yang Dipertua (YDP) pada mesyuarat agung tahunan ke 54 kawasan itu baru-baru ini.

Walaupun masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah dekat sini, Ustaz Azizan yang memegang jawatan tersebut sejak tahun 1997 menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan penuh para perwakilan ekoran tiada usul yang dibangkitkan untuk menggantikan beliau yang sedang uzur.

Dalam pemilihan jawatan kali ini, Azizan Talib dipilih selaku Timbalan YDP dan Che Mei Ahmad pula kekal sebagai Naib YDP. Pemilihan juga menyaksikan Ustaz Mazlan Mansor kekal sebagai Ketua Urusan Ulama, lapor Penerangan Kedah.

Sementara itu, bagi kawasan Kulim-Bandar Baharu, Ustaz Hassan Razak juga kekal sebagai YDP Kawasan selepas menang tanpa bertanding pada mesyuarat agung tahunan ke-51 kawasan itu yang berlangsung di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS di Serdang baru-baru ini.


Selain Ustaz Hassan, jawatan Timbalan YDP, Naib YDP, Ketua Urusan Ulama, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap juga dimenangi tanpa bertanding.

Mereka ialah Dr Amer Suffian Yusuff, Ustaz Mohd Khairi Salleh, Ustaz Nordin Abd Rahman, Yusoff Yahaya dan Ismail Salleh.

No comments: