Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! Media perdana racun kempen pemilihan PAS


Setiap kali menjelang muktamar PAS, akhbar tradisional terutama yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia akan habis-habisan mempromosi barisan tertentu dalam PAS.

Ketika hari biasa, pemimpin PAS ialah golongan yang paling dicemuh akhbar ini.

Serangannya pada Murshidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain yang mengkritik Umno sebegitu dahsyat ketika bukan musim muktamar terutama menjelang pilihan raya umum. 

Pelbagai label jijik digunakan untuk mencemuh mereka.


Tetapi menjelang muktamar, akhbar Umno ini akan bertukar nada dan memberikan liputan meluas yang kononnya untuk mempromosikan golongan tertentu dalam PAS.

Mungkinkah akhbar yang digunakan Umno untuk menghancurkan PAS selama ini tiba-tiba di saat muktamar menjelang sudi menjadi akhbar lidah golongan tertentu yang didokongnya dalam PAS?

Sudah tentu tidak. Yang mereka berminat hanya peluang ini digunakan untuk menyuntik racun kepada jamaah PAS.

Seeloknya jamaah PAS hancur akibat racun ini.
PAS adalah musuh tradisi dan ancaman terbesar bagi Umno. 

Setelah gagal mengajak PAS bersama berkali-kali, percayalah langkah seterusnya ialah menghancurkan PAS dari dalam dan luar.

Dan cara paling berkesan ialah melaga-lagakan pemimpin PAS dengan mengambil kesempatan pada sentimen ahli PAS yang giat berkempen untuk pemimpin kesukaan mereka menjelang muktamar ini.

Akan dijemputnya bekas pemimpin PAS dan penganalisa politik pro-kerajaan untuk membuat kenyataan berbau provokasi untuk menghangatkan lagi suasana dan melagakan lagi pemimpin PAS.

Akan dibuatnya laporan yang disengetkan, kemudian memerangkap pemimpin PAS yang tidak sedar mengenainya untuk membuat komen yang melagakan untuk melemahkan ukhuwah dalam jamaah PAS.

Jika itu tidak menjadi, akan disuruh wartawannya untuk memasang soalan perangkap untuk menunggu kesilapan yang boleh disensasikan untuk melagakan pemimpin PAS.

Seeloknya dilagakan sehingga bukan muka saja bengkak, lebih baik kalau seluruh badan lumpuh.

Oleh itu, semua pemimpin PAS harus berwaspada. Apa-apa saja liputan yang diberikan Utusan membawa nada jijik. Apa yang muncul di dada laporan Utusan terus dipandang serong.

Liputan Utusan bakal menyusahkan daripada menolong golongan yang ingin dibantunya. Begitu juga laporan di akhbar The Star, yang sudi memberikan liputan besar-besaran kepada golongan tertentu dalam PAS.

Yang berhasrat nak bertanding mahupun mempertahankan jawatan jangan dok seronok membuat kenyataan media mengenai pertandingan di muktamar. 

Musuh kamu menanti kesilapanmu.
Ingatlah, asalkan kamu sudi berlaga, liputan akan diberikan seluas-luasnya.

Jadi berwaspadalah, wahai pemimpin PAS. Musuhmu hanya ingin menikmati drama tarian pincangmu. – MI

No comments: