Sementara itu, dua orang lagi Adun,
Dato' Ir Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustaffa (Kubang
Rotan) masing-masing kekal diberi mandat oleh para perwakilan sebagai
Timbalan YDP dan Naib YDP.
Dalam mesyuarat yang berlangsung di
Dewan Al-Amin, Telok Bagan dekat sini, 16 orang Ahli Jawatankuasa Kerja
telah dipilih iaitu Ustaz Abdul Rahman Omar; Saedi Azizan Ramli; Harun
Khamis; Abdul Hamid Bahari; Ustaz Ridzwan Abu Bakar; Ziyadi Raof; Noriza
Saad; Kassim Md Isa dan Ramli Shafie.
PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd
Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden
Mohamad Sabu (gambar) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.



