Wednesday, October 2, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Tinggal 50 hari lagi, Husam Musa masih di depan

Tinggal 50 hari sebelum ditutup poll untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, Dato' Husam Musa masih di depan dengan memprolehi 51% daripada jumlah undian.

Walaupun di depan , peratus undian terhadap Dato' Husam semakin menurun berikutan peningkatan undian untuk Datuk Tuan Ibrahim dan Muhamad Sabu. 

Datuk Tuan mendapat 25% undian , manakala Muhammad Sabu mendapat 19% undian. Datuk Nik Amar pula masih di belakang , hanya mendapat 2% undian.

Read more ...

Tuesday, October 1, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Akmal Kamaruddin menang berganda Ketua Pemuda dan Timbalan YDP PAS Larut



LARUT : Ust. Akmal Kamaruddin mencatat kemenangan berganda apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dan Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Larut.

Anak kepada tokoh ulama PAS Larut Ust. Kamaruddin Awang Basir itu dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dalam mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS Larut. 

Beliau kemudiannya bertanding menentang penyandang jawatan TYDP PAS kawasan Larut semasa mesyuarat agung PAS kawasan Larut dan memenangi jawatan itu.

Kemenangan ini menandakan penerimaan perwakilan terhadap seorang tokoh ulama muda haraki untuk membawa PAS Larut dan Dewan Pemuda PAS Larut memacu kemenangan dalam PRU 14 nanti.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! PAS Batu Gajah buat perubahan, Dr Ahmad Nuri kini YDP


Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau sebelum ini memenang jawatan Timbalan YDP.

YDP sebelum ini, Ismail Ariffin menang jawatan Timbalan YDP manakala Rosdy Abdullah kekal sebagai Naib YDP setelah mendapat undi tertinggi dalam pertembungan tiga penjuru.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dilarang salahguna program anjuran PAS termasuk ijtimak, liqa', usrah - Asmuni Awi

Muktamar: Pas perkenal garis panduan berkempen
KUALA LUMPUR - Pas hari ini memperkenalkan etika dan garis panduan kepada calon yang akan bertanding pada Muktamar Pas bermula 21 November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi berkata, walaupun calon dibenarkan berkempen namun mereka tertakluk kepada enam peraturan pada pemilihan kali ini.

"Kelainan muktamar kali ini kita benarkan semua calon untuk mempromosikan diri mereka (kempen) sama ada secara bersendirian ataupun pasukan.

"Namun kempen tertakluk kepada sekatan dan larangan seperti bahagian enam peraturan pemilihan," katanya kepada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Pada pemilihan sebelum ini, Pas tidak menggazetkan sebarang garis panduan dan etika berkempen untuk calon yang bertanding bagi membolehkan tindakan tatatertib diambil kepada mereka yang bertanding.

Walapun calon dibenarkan berkempen, namun mereka dilarang sama sekali untuk menyerang serta memburuk-burukkan pesaing jawatan yang ditandingi.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! MK Ibrahim kekal Yang Dipertua PAS Seremban




KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Seremban yang bermesyuarat semalam mengekalkan Mk Ibrahim sebagai Yang Dipertua PAS kawasan tersebut bagi sesi 2013 -2015.

Manakala, Zakaria Sheikh Othman yang dulunya sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) kawasan dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua kawasan.

Mesyuarat agung tahunan itu turut mengemukakan usul menuntut kerusi Dun Ampangan dikembalikan kepada PAS, yang sebelum ini diberikan kepada PKR.

Sementara itu, mesyuarat yang dihadiri 123 perwakilan itu memilih Fadli Che Me sebagai NYDP, Ustaz Khairi Zainuddin sebagai Ketua Urusan Ulamak, Abu Zarim Abd Rahman sebagai ketua pemuda.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! YDP Kepala Batas bertukar, Nibong Tebal kekal

GEORGETOWN: PAS Kawasan Kepala Batas memilih teraju baru apabila Mohd Khair Che Mat dipilih ke jawatan Yang Dipertua setelah menewaskan pencabarnya, Osman Ayub dalam pertandingan dua penjuru.

Yang Dipertua PAS kawasan penggal lalu, Rosidi Husain (gambar) pula menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua.

Naib Yang DiPertua PAS kawasan pula disandang  Ridwan Osman manakala Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan kekal disandang  Hafiz Kassim dan Ustazah Nurulhuda Ahmad.

Read more ...

Monday, September 30, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Empat YDP PAS kawasan kekal di Melaka

MELAKA: Lima PAS kawasan di negeri ini selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing  iaitu PAS Kawasan Bukit Katil, Kota Melaka, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu, manakala PAS Kawasan Alor Gajah akan mengadakan mesyuarat agung pada 5 Oktober depan.

Empat  daripada lima kawasan yang bermesyuarat agung mengekalkan Yang Dipertua (YDP) masing-masing membabitkan tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek (Jasin), Ustaz Mohd Nor Omar (Tangga Batu) dan Mohd Sofi Abdul Wahab (Bukit Katil).

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Harun Mohammed (atas) kekal sebagai YDP PAS Kota Melaka. Kesemua mereka dipilih tanpa bertanding.

PAS Kawasan Masjid Tanah mendapat YDP  baru apabila Ustaz Imran Abdul Imran dilantik menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang uzur.

Ustaz Imran yang juga bekas  Timbalan Yang Dipertua sesi lalu dilantik tanpa sebarang pertandingan.

Di Jasin, Timbalan dan Naib Yang Dipertua sesi lalu, Yuhaizad Abdullah dan Azrin Majid dipilih dengan mengenepikan saingan mereka dalam pertandingan satu lawan satu.

Read more ...

Sunday, September 29, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dicalonkan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

GELANG PATAH - Perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah  mencadangkan Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dicalonkan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat disamping menyenaraikan tiga nama bagi mewakili PAS Negeri Johor untuk bertanding di jawatan AJK PAS Pusat. 
 
Tiga nama tersebut ialah YB Aminolhuda, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad dan Mazlan Aliman.
 
Sementara itu, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah dipilih majoriti perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah untuk dicalonkan di kerusi Timbalan Presiden PAS pada Muktamar Agung PAS akan datang.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Lef.Kol(B) Hj Nazari Mokhtar kini YDP baru PAS Tenggara



Mesyuarat Agong PAS Kawasan Tenggara kali ke 17 di Pasti Felda Bkt Ramun, Kulaijaya, dirasmikan oleh YB Tuan Hj Aminulhuda Hassan, ADUN Pt Yaani, juga Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

Jawatan utama iaitu Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua di syura kan. 

YDP sesi lalu, Mazlan Aliman  telah menarik diri dari memegang apa-apa jawatan pada sesi kali ini. Beliau memberi laluan pada rakan-rakan lain yang punya bakat kepimpinan yang seharusnya diketengahkan. 


“ Pilihanraya pun selesai, kepimpinan pelapis harus diberi kepercayaan. Tidak usah tamak jawatan, sebaliknya sokong dan bantu pimpinan baru” kata Mazlan di Faceebooknya

YDP PAS Tenggara yang baru ialah Lef.Kol(B) Hj Nazari Mokhtar, TYDP baru, Hj Mohzit Mohit, NYDP baru, Hj Husin Dami ,pimpinan berwibawa yang menerajui PAS Kawasan Tenggara sesi 2013-2015.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Haji Dzulkifly Ahmad kekal YDP PAS Gelang Patah

GELANG PATAH - Mesyuarat Agung Tahunan PAS Gelang Patah kali ke-18 yang telah diadakan di Markas Tarbiyah PAS Ulu Pulai pagi tadi menyaksikan Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad mengekalkan jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah untuk sesi 2013-2015.

Turut mengekalkan jawatan adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah iaitu Ustaz Salahuddin Dahiran dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah iaitu Tn. Hj. Musa.

Bagi kerusi diperingkat dewan-dewan PAS Kawasan Gelang Patah, berlaku perubahan kepimpinan di Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah apabila penyandang jawatan, Ustaz Zaifiddin Isa mengambil keputusan tidak lagi bertanding jawatan disandang sebaliknya jawatan tersebut telah dipertandingkan dan dimenangi oleh Sdra. Taufik Rizal selaku Ketua Pemuda PAS KAwasan Gelang Patah yang baru.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Tiga jawatan utama PAS Bukit Gantang kekal

Changkat Jering, 29 Sept- Mesyuarat  Agung PAS Kawasan Bukit Gantang kali ke 46 menyaksikan tiga jawatan utama menang tanpa bertanding. 
 
YDP masih disandang Ustaz Nordin Jaafar,NYDP Sdr Rahim Ismail dan Ketua Urusan Ulamak,Ustaz Jamnul Azizol Mulkan(menang tanpa bertanding-muka baru) .
 
Sementara itu untuk jawatan TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad berjaya mengekalkan jawatan .
 

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Haji Muhamad Idris Ahmad kekal ketuai PAS Hulu Selangor

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Hulu Selangor Kali ke 27 di Dewan Hamid Batang Kali.

Tn. Haji Muhammad Idris bin Ahmad dipilih semula dalam pemilihan pagi tadi 29/9/2013 dengan kehadiran ahli layak mengundi seramai 299 orang dari 38 buah cawangan.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! 2 anak pengasas Yayasan Khairiah Kg. Pisang terajui PAS Baling



Ustaz Abdul Rahman Yahaya dan Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad adalah muka baru yang telah memenangi jawatan Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Baling bagi sesi 2013-2015.


Mereka berdua adalah masing-masing anak kepada Tuan Guru Yahaya Thoha dan Haji Ahmad JP merupakan pengasas kepada pusat pendidikan Islam yang terkenal di daerah ini iaitu Yayasan Khairiyah Kg. Pisang Kupang.


Manakala YB Cikgu Md Zuki Yusof yang juga Adun Kuala Ketil menang untuk jawatan Naib Yang DiPertua.Jawatan Ketua Urusan Ulamak pula berjaya dimenangi oleh Ustaz Zawawi Ibrahim dalam pertandingan yang penuh harmoni dan tenang.

Read more ...

Saturday, September 28, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Dr Isa , Zulhazmi diisytihar YDP dan TYDP PAS Kubang Pasu




Bekas Speaker DUN Kedah,Dato' Dr Abd Isa Ismail kekal menerajui PAS Kawasan Kubang Pasu untuk sesi 2013-2015.

Beliau, calon Timbalan Yang DiPertua Ustaz Zulhazmi Haji Osman ,calon Naib Yang DiPertua Ust Masmawi Sahak serta 12 orang ahli jawatankuasa diishtihar menang tanpa bertanding oleh wakil Jawatankuasa Pemilihan PAS Kedah dalam mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kubang Pasu ke-37.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Taulan Rasul pimpin pimpin PAS Pendang



Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul dan Dato' Dr Hayati othman masing-masing mengekalkan jawatan yang disandang sesi lepas dalam pemilihan Jawatankuasa kerja PAS Kawasan Pendang 2013-2105.

Pada sesi 2011-2013 yang lalu,Mohamed Taulan telah diamanahkan untuk memangku jawatan Yang DiPertua setelah penyandangnya,Tuan Guru Haji Abdul Rahim meletakkan jawatan.
 
 Berikut adalah senarai Jawatankuasa PAS Kawasan Pendang sesi 2013/2015
 
YDP : Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul
Timb. YDP : Dato' Dr Mohd Hayati Othman
Naib: Hj Sulaiman Awang
Ketua Urusan Ulamak:Ustaz Zakaria Yaakob

Read more ...