Tuesday, August 31, 2010

PAS tidak hanya pandai kritik


KUALA KANGSAR , 31 Ogos : Usaha PAS melaksanakan pendekatan positif terhadap rakyat dan masyarakat diteruskan supaya sokongan sedia ada terhadap parti berkenaan dapat diperkukuhkan lagi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, isu-isu yang melibatkan rakyat harus diberi perhatian dan bukannya sekadar mengkritik.


Menurutnya, jika rakyat diberi peluang memberi pandangan dan dihormati maka, pendekatan yang digunakan PAS akan terus bergerak dengan lebih cepat.

“Kita tekankan bahawa PAS mesti terus menjalankan pendekatan positif kepada masyarakat.

“Dengan keadaan politik pada hari ini, kita perlu menumpukan isu-isu melibatkan rakyat. Bukan hanya mengkritik tetapi mesti ke arah yang lebih mendekati mereka.

“Pendekatan sebegini bukan sekadar kepada kaum-kaum tertentu tetapi ia meliputi semua bangsa,” katanya kepada Sinar Harian sempena lawatannya di Bazar Ramadan Arena Square, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pimpinan PAS perlu mendampingi rakyat dan mengambil tahu berkaitan masalah mereka.

“Kita perlu berusaha menyelesaikan masalah rakyat. Saya juga dapati rakyat akan lebih mesra dengan pimpinan PAS jika usaha ini diteruskan,” katanya.

Lawatan ke Bazar Ramadan dilakukan sempena lawatan kerja beliau ke Kuala Kangsar.SH

No comments: