Sunday, December 19, 2010

PR jamin kuasa kerajaan negeri

PR Mahu Jamin Hak Kerajaan Negeri Di Bawah Perlembagaan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_OKZ0yoq1WYsXtT7uwU1NRwwxo8-J7ftZJQXA58OpJUU4sut8qShO0Obr2DHfPcObz2dArnBhyphenhyphenxl3rpb2zVGDfYJSgR1d1fzl-Tjbwez9jGSkToK37DA3iU6ZAfCFgsSnvh-j3egrAkU/s400/haji+nasharudin+mat+isa.jpg










KEPALA BATAS, 19 Dis. : Pakatan Rakyat(PR) akan menghormati dasar federalisme demi menjamin hak kerajaan negeri dan rakyatnya tidak menjadi mangsa percaturan politik kerajaan persekutuan sebagaimana yang berlaku sekarang.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, Pakatan Rakyat akan memastikan geran pembangunan yang adil di samping peruntukan lain untuk kerajaan negeri tetap disalurkan oleh Putrajaya sebagaimana yang ditetapkan dibawah Perlembagaan.

Ini akan memastikan tidak ada negeri yang ketinggalan dari arus pembangunan semata-mata kerana dibawah teraju pembangkang.

"Perlembagaan yang baik adalah perlembagaan yang memberi jaminan bahawa setiap wilayah mempunyai kuasa ekonominya yang tidak boleh diceroboh sewenang-wenangnya oleh kerajaan Pusat," jelas Nasharuddin.

Menurut beliau, hak rundingan saksama di antara Persekutuan dan negeri akan dilaksanakan dalam memastikan ekonomi negara bertambah baik.

Beliau berkata taktik kerajaan Umno-Barisan Nasional menubuhkan agensi-agensi persekutuan semata-mata untuk mengelak daripada menyalur bantuan menerusi kerajaan negeri hanya merugikan rakyat.

Beliau merujuk kepada bantuan skim 'Beras Untuk Rakyat', yang tidak disalurkan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi menggunakan agensi persekutuan untuk menyalurkan peruntukan berkenaan.

"Malangnya, rakyat mahupun golongan sasar yang sepatutnya menerima peruntukan-peruntukan atau bantuan-bantuan skim ini tidak mendapatnya. Tindakan tersebut hanya kerana mereka itu mungkin PAS, Keadilan atau DAP.

Nasaruddin berkata jika PR menubuhkan kerajaan persekutuan, autonomi secukupnya akan diberikan kepada kerajaan negeri untuk menetapkan hala tuju dan strategi pembangunan ekonomi masing-masing.

Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional.

No comments: