Sunday, December 19, 2010

PR sedia lapisan kedua kepimpinan berkaliber hadapi PRU 13

PR Siap Sedia Hadapi PRU Dengan Lapisan Kepimpinan Baru

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/anwaribrahim1.jpg

KEPALA BATAS, 19 Dis. :Pakatan Rakyat telah melahirkan lapisan kepimpinan kedua yang berkaliber dan bersiap-sedia untuk mengambil-alih obor Malaysia Baru dari kepimpinan hari ini.

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin pelapis ini telah melalui pentarbiyahan serapinya untuk meneruskan cita-cita reformasi.

Beliau meminta para perwakilan dan akar umbi parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat supaya menghayati kandungan buku "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" yang disediakan sepenuhnya oleh pemimpin generasi baru itu.

"Katakan kepada mereka yang meragui kita, bahawa kita mempunyai barisan kepimpinan lapisan kedua. Kita telah bersiap-sedia dengan lapisan kepimpinan baru, dan ini buktinya Pakatan Rakyat mempunyai potensi yang amat besar," tegas Anwar dalam ucapan penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-13 di Pulau Pinang, petang tadi.

Kongres Pakatan Rakyat ini dipercayai adalah Kongres terakhir sebelum PRU-13 nanti. Setiap parti komponen sedang bersiap-siaga memperkemaskan jentera menghadapi pembubaran Parlimen.

Menghadapi cabaran itu, Anwar kembali mengingatkan saf kepimpinan Pakatan Rakyat supaya menggiatkan lagi pengkaderan ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama.

Beliau menjelaskan misi Pakatan Rakyat tidak akan mampu dipikul, tanpa hati yang teguh dan kefahaman yang kuat akan makna dan arti perjuangan.

"Hayati buku jingga ini, kerana di dalamnya kesinambungan dari Dasar Bersama yang dicapai sebelum ini. Cetak dan buat salinan buku ini, dan sebarkan kepada rakan-rakan di luar," kata Anwar.

Kepada perwakilan berbangsa Melayu, Anwar menyorot perhatian mereka kepada nilai-nilai yang menjadikan bangsa Melayu bangsa yang terkenal hebat.

Beliau menjelaskan Umno-BN sentiasa mengheret isu kesetiaan orang Melayu kepada perjuangan bangsa, setiap kali kedudukan politik mereka tergugat.

"Melayu hebat bukan kerana rasuah, bukan kerana perompakan kuasa. Melayu tegak kerana hebat dengan ciri-ciri keadilannya, kerana keterbukaannya," tegas Anwar.

No comments: