Monday, January 3, 2011

Ingat sekolah , ingat yuran naik, ingat Umno dahulukan rakyat

Yuran naik, ibu bapa mengeluh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjj9WrvrTkpVJNdXzU8GT8E1JG3GMA0voJg6olhLlPxtQU5vQkFZ5OhAEaC6HAl-4sVwc-nIp99W9eiJcWvgo1UD5pXbl2I6-QjXAf2VODF4LPfCS_r6tXqKQsnxV5LC4PwsWu1r9ZaqiA/s400/orentasi.jpgMORIB, 3 Jan. : Kebanyakan ibu bapa ditemui mengeluh dengan bayaran yuran persekolahan yang meningkat pada tahun ini sekali gus menjadi beban kepada mereka apabila semua anak masih bersekolah.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa lokasi Program “Back To School” semalam, mendapati ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan kelengkapan sekolah sekiranya diberikan kepada anak–anak mereka.

Seorang ibu, Rashidah Mohd Jalal, 31, berkata, dia terpaksa menyediakan hampir RM300 setiap seorang untuk membayar yuran persekolahan lima anaknya yang bersekolah.

Menurutnya, tidak seperti tahun lalu yuran mereka jauh lebih rendah berbanding tahun ini. Peningkatan yang berlaku memberi masalah kepadanya lebih–lebih lagi apabila segala keperluan sekolah terpaksa disediakan pada awal tahun baru.

“Masalah tersebut perlu diambil perhatian supaya tidak membebankan ibu bapa selain melihat kemampuan ibu bapa yang tinggal di kampung.

“Sekiranya pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM2,000, sudah tentu pada awal bulan tahun baru kebanyakan daripada mereka sudah pening kepala untuk menguruskan perbelanjaan,” katanya ketika ditemui pada Program “Back To School” anjuran Yayasan Bestari Daerah Kuala Langat, semalam.

Seorang bapa, Abdul Berhan Alias, 46, berkata, dia mempunyai dua anak bersekolah dan jumlah yuran persekolahan yang perlu dijelaskan mencecah RM700.

Menurutnya, jumlah itu terlalu tinggi bagi dia yang bekerja sendiri mengambil upah memetik biji kelapa sawit. Keadaan ini memerlukannya mencari duit lebih sebelum menjelangnya sesi persekolahan.

“Selain itu, saya juga mengharapkan buku–buku yang dibayar itu dimanfaatkan sebaiknya dan digunakan sehingga akhir tahun.

“Sebelum ini saya lihat ada beberapa buku latihan yang dibekalkan tidak digunakan, ini mengakibatkan pembaziran,” katanya. SH

2 comments:

budakbalun said...

makcik pakcik Felda kata..

"ada aku kesah?? janji ketuanan melayu terbela dengan UMNO!"

wakakakaka!

apopo said...

tengok sikit sape pengerusi pibg sek tu....

tengok sikit sape pembekal buku tulis sek tu....

tengok sikit sape pemilik koperasi sek tu....

semuanya gerombolan yg punya....jng derhaka,nanti langgar ketuanan melayu.

mah...mah...mah...alahai melayu..