Monday, January 3, 2011

Sidang DUN kembalikan kuasa Sultan, adakah ADUN Umno akan sokong?

Haniza: Bincang Di DUN Kaedah Terbaik Selesai Isu SUK


SHAH ALAM 3 Jan.: Timbalan Speaker Dewan Undangan Selangor Haniza Mohd Talha berkata mesyuarat tergempar dewan adalah cara terbaik untuk membolehkan perbahasan terbuka diadakan mengenai isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) demi memberi penerangan penuh kepada rakyat.

Beliau mengulas cadangan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor untuk meminda undang-undang tubuh negeri bagi mengembalikan kuasa melantik SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

"Memang bertepatan diadakan sidang tergempar membincangkan perkara tersebut. Ada ke tak ada itu isu lain, yang penting sekarang rakyat mesti faham. Siapayang melanggar tradisi, siapa yang tidak mengamalkan konvensyen, siapa yang melanggar protokol dan melanggaran amalan negara demokrasi itu yang semua orang kena faham," kata ADUN Taman Medan itu.

Haniza berkata tindakan Putrajaya meminggirkan kerajaan negeri Selangor dan menggunakan kuasa mutlaknya melantik Khusrin Munawi hanya mencerminkan keangkuhan kerajaan pusat.

"Yang penting mesti ada ruang untuk membincangkan bagaimana sepatutnya pentadbiran negeri itu dijalankan. Dari segi kuasa yang diberi kepada kerajaan negeri perlu dihormati. Kerajaan pusat tak boleh sesuka hati. Walaupun diperuntukkan dalam perlembagaan memberi dia hak untuk melantik, tetapi dari segi amalan, demokrasi yang dilakukan, amalannya mesti berbincang dengan negeri. mana boleh langgar terus lantik, sedangkan orang itu nak kerja dengan negeri," jelasnya.

Haniza berkata pendirian Putrajaya bahawa ia mempunyai kuasa penuh melantik SUK tentunya perlu dialas dengan hak kerajaan negeri dan keperluan untuk
menghormati semangat Perlembagaan serta ketelusan dalam proses pemilihan calon itu sendiri.

"Memang peraturan kata kuasa kepada pusat. Tapi proses itu begaimana? Jadi dewan kena ambil peranan untuk mengadakan sidang tergempar itu," katanya.

Beliau menegaskan Dewan Undangan Selangor adalah forum terbaik untuk membahaskan isu itu demi memberi kefahaman kepada rakyat mengenai pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

"Yang penting rakyat faham tanggungjawab kerajaan pusat dan negeri. Macamana nak bagi faham, kenelah ada perbincangan yang boleh diikuti secara terbuka dan ini melalui dewan sahaja. Ini sahaja tempat yang paling tinggi untuk keputusan sesebuah kerajaan negeri," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Hahahhha kalau UMNO tak sokong maka sah la mereka penderhaka dan nak merampas kuasa Raja Raja Melayu.
Kita tunggu sidang tergempar!